MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI, Author at Info Sinar
'Kuasa wanita dalam membanteras rasuah'
Sharifah
SHAH ALAM- Peranan wanita amat signifikan dalam usaha mendidik masyarakat membenci perbuatan jijik rasuah.
Pengarah Eksekutif ESQ Leadership Center Sdn Bhd, Sharifah Noorul Huda Saiyid Hasan berkata, wanita yang juga berperanan sebagai ibu di rumah amat dekat dengan anak-anak, justeru peranan mereka amat besar dan mampu untuk menjayakan usaha membanteras rasuah.
“Anak-anak ibarat kain putih, ibu ayahlah yang mencorakkannya menjadi yang lain, banyak tergantung daripada corakkan ibu ayah.
“Sikap dan perbuatan seorang ibu amat besar pengaruhnya terhadap anak-anak, jadi bagi saya peranan mereka ini amat penting dalam menghidupkan nilai-nilai yang baik yang ada dalam diri anak-anak termasuk (mendidik menolak rasuah sejak kecil),” katanya kepada Rasuah Busters baru-baru ini.
Katanya, nilai-nilai yang mulia ini perlu dihidupkan di rumah dan ibu ayah memainkan peranan yang besar dalam konteks tersebut.
“Nilai mulia ini adalah fitrah yang ada dalam diri semua manusia yang perlu dimunculkan, jadi adalah amat penting dalam usia kosong sehingga tujuh tahun itu tanam dalam diri anak-anak nilai.
“Iaitu nilai-nilai mulia yang sudah ada dalam diri anak-anak itu, cuba kita tengok mereka masa kecil mana ada dengki, bermusuh, bergaduh sekejap tapi berkawan semula, sebab diri mereka penuh kasih sayang, jujur, orang kata bersih. Tetapi ibu bapalah yang mencorakkan kanvas mereka,” katanya.
Dalam pada itu menyentuh mengenai punca rasuah, Sharifah berkata, sikap tamak menjadi pendorong manusia untuk melakukan perbuatan jijik rasuah.
“Desakan untuk mendapatkan sesuatu kebendaan yang berlebihan yang akan mewujudkan rasa tidak cukup, yang akhirnya dia terdorong untuk melakukan rasuah,” katanya.
Justeru Sharifah berharap supaya gema kempen membenci rasuah dijadikan kempen seluruh Malaysia dalam usaha membanteras perbuatan rasuah dan usaha itu perlu bermula dari rumah.
“Pada saya ia harus bermula daripada ibu ayah yang ada kesedaran untuk menjadikan negara kita ke arah yang lebih baik, itu tidak boleh diharapkan oleh orang lain kita bermula dari rumah itu sendiri.
“Hidupkan nilai-nilai dalam diri yang boleh dicontohi oleh anak-anak dan juga menghargai niali-nilai mulia yang ada pada anak-anak.
“Semai dan suburkannya supaya mereka membesar menjadi orang-orang yang berpegang kepada nilai berakhlak tinggi,” katanya.
The post 'Kuasa wanita dalam membanteras rasuah' appeared first on Info Sinar.
Lantikan politik berisiko wujud kecenderungan salah guna kuasa
Pelancaran Generasi Bebas Rasuah di Universiti Malaya bersempena Program dan Kuliah Awam Tema 1 di UM pada Sabtu.
Edmund Terence ketika menyampaikan ucapan
Mencipta Rasuah Sistemik: Politik, Kuasa, Dasar sempena Pelancaran Program dan Kuliah Awam Tema 1 di Universiti Malaya pada Sabtu.
SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Pelantikan pemimpin politik menerajui syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan menimbulkan pelbagai mudarat antaranya kecenderungan untuk menyalahgunakan kuasa demi kepentingan politik dan peribadi.
Menegaskan perkara itu, pakar ekonomi dan politik, Dr Edmund Terence Gomez berkata, mengambil contoh pelantikan Setiausaha Agung UMNO yang baharu, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), tindakan itu akan menimbulkan pelbagai konflik berkepentingan.
Ujarnya, hal ini disebabkan sejarah telah membuktikan bahawa wujud pemimpin politik yang dilantik memegang jawatan GLC dan menyalahgunakan kuasa.
“Saya tidak bersetuju dalam isu lantikan politik ini… Mara memainkan peranan yang penting dalam bidang perniagaan dan pendidikan, hasrat Mara sendiri adalah untuk membantu golongan yang memerlukan dan ‘tempat’ untuk orang miskin dan luar bandar.
“Apabila kita mengambil seorang ahli politik dan dimasukkannya ke dalam Mara, ada kecenderungan untuk menyalahgunakan kuasa demi kepentingan politik dan perkara ini akan kita ketahui beberapa bulan lagi apabila Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan di enam negeri,” katanya kepada Rasuah Busters pada Sabtu di Universiti Malaya (UM).
Beliau terdahulu menjadi panel program siri kuliah umum pertama Generasi Bebas Rasuah anjuran Agora Society Malaysia dengan kerjasama Universiti Malaya Students Union dan Rasuah Busters.
Selain beliau turut bersama sebagai panelis adalah bekas Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar Devaraj, Pengarah Eksekutif dan Pengasas Bersama Inisiatif Utara-Selatan Adrian Pereira serta Profesor Madya Ekonomi di Asia School of Business, Dr Melati Nungsari.
Tegas Edmund, sewajarnya jawatan itu diisi oleh golongan profesional dan bukannya daripada golongan elit politik.
“Mesti profesional dan perlu dijelaskan bagaimana pemilihan dibuat, sebab dilantik dan ia perlu dihebahkan kepada rakyat supaya kita tahu bahawa lantikan itu dijalankan secara telus untuk menjaga kepentingan rakyat.
“Mengapa seorang ahli politik daripada UMNO diambil untuk memegang jawatan ini? Kita sudah tahu dari sejarah Malaysia, ada ahli politik yang memegang peranan ini telah menyalahgunakan kuasa mereka. Contohnya ada skandal melibatkan Mara, adakah ini akan berlaku sekali lagi? Itu yang saya bimbang,” katanya.
Asyraf yang juga Pengerusi Sekretariat Kerajaan Perpaduan dilantik sebagai Pengerusi Mara berkuat kuasa Jumaat lalu.
Sementara itu, menyentuh mengenai usaha kerajaan memecah unsur monopoli di negara ini, Edmund berkata, ‘perkara itu satu langkah yang baik’.
“Ia akan mewujudkan persaingan yang sihat dan memberi pilihan kepada rakyat, keuntungan akan berbalik kepada rakyat juga,” katanya.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sedang mengkaji semula semua monopoli yang wujud di dalam negara pada masa ini sebagai langkah untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dan adil kepada rakyat pada kos yang berpatutan.
The post Lantikan politik berisiko wujud kecenderungan salah guna kuasa appeared first on Info Sinar.
'Kalau tak mahu hukum mati, 'buang' perasuah ke pulau'
Delegasi veteran tentera yang diketuai Borhan mengadakan kunjungan hormat ke atas pasukan Rasuah Busters di Kumpulan Karangkraf.
Borhan Ahmad
SHAH ALAM – Bagi menjayakan agenda memerangi rasuah, veteran tentera mencadangkan pesalah rasuah ditempatkan di sebuah pulau seperti penempatan pelarian di Pulau Bidong, Terengganu pada suatu masa dahulu.
Bekas Panglima Tentera Ke-12, Jeneral (Bersara) Tan Sri (Dr) Borhan Ahmad berkata, cadangan berkenaan selepas melihat kemungkinan prospek idea itu mampu membuahkan hasil kerana sudah banyak inisiatif lain dilaksanakan, namun Malaysia masih ‘gagal’ membasmi rasuah.
“Kita kalau tak hendak undang-undang hukuman mati, kita hantar ke pulau (pesalah rasuah), contohnya ke Pulau Bidong misalnya tiada orang di sana, sesiapa pesalah rasuah dihukum dan dihantar ke sana.
“Kita bagi mereka makanan untuk mulakan kehidupan di sana, selepas itu kita bekalkan benih, peralatan pertanian untuk mereka menanam.
“Kalau mereka tidak lakukan semua ini, mereka tidak boleh hidup lama, jadi ini satu pengajaran dan hukuman kepada mereka,” katanya pada Rabu.
**media[2119507]**
Terdahulu delegasi veteran tentera yang diketuai Borhan mengadakan kunjungan hormat ke atas pasukan Rasuah Busters di Kumpulan Karangkraf.
Hadir sama, Leftenan Jeneral (Bersara) Datuk Nawi Alias, Leftenan Kolonel (Bersara) Rashid Omar dan Leftenan Kolonel (Bersara) Hardial Dhaliwal.
Mereka disambut oleh Ketua Pasukan Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (#RasuahBusters), Nurhayati Nordin.
Dalam pada itu menyentuh mengenai ancaman rasuah di negara ini, Borhan berkata, negara akan menjadi lebih parah sekiranya tiada sebarang inisiatif dan tindakan dilakukan dalam tempoh terdekat.
“Sebab itu kita hadir menyatakan sokongan kepada Rasuah Busters, kita akan bersama-sama Rasuah Busters dalam menjayakan agenda memerangi rasuah.
“Kita tidak lagi boleh berdiam diri, kalau kita masih tidak lakukan apa-apa Malaysia akan terima akibatnya (hancur kerana rasuah),” katanya.
Rasuah Busters adalah gerakan daripada majoriti rakyat yang muak dengan jenayah rasuah sehingga menyebabkan segelintir masyarakat menjadi ‘miskin’.
Dengan kekuatan gabungan lebih 500 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diyakini kempen yang dianjurkan itu mampu disebarkan dengan lebih meluas.
The post 'Kalau tak mahu hukum mati, 'buang' perasuah ke pulau' appeared first on Info Sinar.
Laksana belanjawan seiring NACP
Belanjawan 2023 harus dilaksanakan seiring dengan inisiatif Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023. – Gambar hiasan, gambar kecil: Nurhayati
SHAH ALAM – Belanjawan 2023 harus dilaksanakan seiring dengan inisiatif Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023 (NACP) demi memastikan tiada sebarang potensi ketirisan tidak terkawal berlaku seperti tahun-tahun sebelum ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (#RasuahBusters), Nurhayati Nordin berkata, inisiatif pemantapan tadbir urus melalui NACP adalah kunci kepada komitmen kerajaan memerangi rasuah tanpa sebarang alasan.
“Kejayaan Belanjawan 2023 bukan hanya tertakluk kepada keadilan dalam menyenaraikan pengagihan penerimaan bajet tetapi juga kaedah pengagihan secara telus dan efektif.
“Dengan skala rasuah negara di tahap kritikal, kami mengesyorkan belanjawan ini supaya ‘berjalan bersama’ dengan inisiatif NACP,” katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usul pembentangan Belanjawan 2023 pada petang Jumaat menegaskan bajet tersebut harus mempunyai keupayaan menggembleng seluruh kekuatan dan tenaga bagi menterjemah kebijakan baharu terutama dalam meninggalkan amalan pembaziran serta rasuah.
Mengulas lanjut, Nurhayati menjelaskan, reformasi institusi melalui pembentangan Akta Perolehan Kerajaan dan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat yang dijanjikan dalam Belanjawan 2023 juga merupakan sebahagian tuntutan rakyat pernah dikemukakan oleh Rasuah Busters serta rakan gabungannya sebelum ini.
“Kami menyambut baik bagaimanapun keadilan hanya dapat dicapai sekiranya fungsi institusi pendakwaan dan kehakiman dalam negara ini tidak dipengaruhi oleh kuasa eksekutif yang boleh menjejaskan keyakinan serta persepsi rakyat.
“Untuk itu, reformasi institusi yang dicadangkan harus bergerak seiring dengan reformasi lain yang telah dicadangkan sebelum ini oleh Rasuah Busters,” katanya.
Tambahnya, kerenah birokrasi adalah antara halangan yang membuka ruang rasuah cukup besar dalam urusan perkhidmatan awam.
Untuk itu, Nurhayati berpendapat, kaedah pendigitalan dan automasi yang dicadangkan tentunya merupakan usaha baik bagi memastikan tata kelola, ketelusan keterlibatan sektor awam bersama masyarakat dan pemegang taruh.
“Namun, perkara itu memerlukan kompetensi, mutu perkhidmatan cekap dan berupaya mengatasi rungutan rakyat yang selama ini mengharapkan khidmat serta sistem penyampaian lebih berkualiti dan berkesan.
“Dalam pada itu kerajaan harus melihat agenda reformasi pendigitalan perkhidmatan awam, pemberian bonus dan sebagainya. Sejauh manakah ia menjadi paradigma baharu dalam memastikan prestasi kerja yang benar-benar meningkat dengan signifikan, sekali gus mengurangkan isu rasuah dan integriti dalam sektor-sektor berkenaan?” katanya.
Pembentukan NACP pada 29 Januari 2019 adalah antara iltizam yang ditunjukkan oleh negara dalam United Nations Convention against Corruption (UNCAC), dengan Malaysia adalah salah sebuah negara anggota.
Apabila konvensyen berkenaan ditandatangani kerajaan pada 1 Disember 2003, Artikel 5 konvensyen itu menetapkan bahawa sesebuah negara perlu mempunyai strategi antirasuah yang didokumenkan.
NACP adalah bersifat merentas masa dan juga dikenali sebagai sebuah living document yang perlu diselaraskan dengan dasar serta keperluan semasa.
Sebanyak 115 inisiatif di bawah enam bidang keutamaan dan strategi telah digariskan di bawah NACP yang meliputi Tadbir Urus Politik, Pentadbiran Sektor Awam, Perolehan Awam, Perundangan dan Kehakiman, Penguatkuasaan Undang-Undang serta Tadbir Urus Korporat.
The post Laksana belanjawan seiring NACP appeared first on Info Sinar.
ToT 1.0 lahirkan ejen Rasuah Busters
Peserta ToT 1.0 ketika berkongsi idea latihan berkumpulan.
Peserta memegang plakad Rasuah Busters sebagai simbolik menolak budaya rasuah.
Program ToT 1.0 menampilkan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (#RasuahBusters), Nurhayati Nordin (kiri), Presiden Multaqa Asatizah dan Du’at Malaysia (Murshid) dan pendakwah Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim (tengah); Penolong Kanan Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Ramli Hassan dan Mohd Zikrul Hakim bin Noor (Coachakim).
SHAH ALAM – Penganjuran Training Of Trainer (ToT) siri 1.0 oleh Rasuah Busters merupakan inisiatif melahirkan ejen-ejen perubahan masyarakat bagi menyemai budaya berintegriti di samping bermatlamat menjadikan Malaysia bersih daripada rasuah.
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (#RasuahBusters), Nurhayati Nordin berkata, sebagai sebuah gerakan daripada rakyat kepada rakyat, #RasuahBusters meneruskan kempen kesedaran di samping mewujudkan masyarakat yang bertanggungjawab membina #NilaiMoralKarakterBangsa di dalam lingkaran tersendiri menerusi inisiatif ToT.
“Konsep ‘loose coalition’ iaitu setiap anggota masyarakat bergerak di dalam kapasiti dan keupayaan masing-masing memerlukan maklumat dan kemahiran yang diperteguhkan dan dikemas kini untuk menjamin keberkesanan gerakan membawa perubahan secara organik.
“Menerusi ToT kita berharap dapat melahirkan ejen-ejen Rasuah Busters bagi membawa perubahan budaya integriti dan anti rasuah dalam pelbagai sektor dan lapisan masyarakat.
“Ejen-ejen ini bermaksud kita mahu lahirkan jurulatih yang mempunyai nilai benci rasuah dan mampu untuk sebar luaskan nilai-nilai integriti,” katanya kepada Rasuah Busters pada Sabtu.
Program ToT 1.0 yang berlangsung di Kumpulan Karangkraf menampilkan Penolong Kanan Bahagian Pendidikan Masyarakat Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ramli Hassan; Presiden Multaqa Asatizah dan Du’at Malaysia (Murshid) dan pendakwah Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim serta Pakar Motivasi, Mohd Zikrul Hakim bin Noor (Coachakim) sebagai jurucakap.
Ia membabitkan penyertaan lebih 50 orang peserta terdiri daripada pelbagai segmen masyarakat.
Turut hadir, Penolong Penguasa SPRM Kesavan Rathakrishnan dan Penolong Penguasa SPRM Nur Falihin Ahmad Fadillah
Mengulas lanjut Nurhayati berkata, ToT juga bermatlamat untuk membimbing serta melatih dan memperkasa jurulatih Rasuah Busters di seluruh negara.
“Ia bagi melahirkan kefahaman ketua-ketua organisasi tentang rasuah yang sesuai dengan konteks pemulihan negara pada hari ini.
“Dengan perkongsian di dalam ToT juga kita mempersiapkan pengkaderan rakyat Malaysia untuk menjadi ejen pembanteras rasuah,” katanya.
Dalam pada itu, jelas Nurhayati, susulan sambutan yang menggalakkan daripada peserta pada penganjuran kali ini, ToT ini akan disebarluaskan ke negeri-negeri lain selepas ini.
“Alhamdulillah program peringkat pertama telah berlangsung dengan amat baik sekali, jadi kita juga ada perancangan untuk adakan di negeri-negeri lain.
“Ada juga cadangan supaya kita adakan program ini bersama komuniti, sesi perkongsian dan banyak juga cadangan supaya dipanjangkan tempoh sesi ini,” katanya.
The post ToT 1.0 lahirkan ejen Rasuah Busters appeared first on Info Sinar.
'Kita hendak senang sekarang atau depan ALLAH nanti'
Lee Ken
Forum yang bertajuk Tadbir Urus Berintergriti yang dibincangkan oleh panel, Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Badlishah Sham Baharin; Nik Mohd Hasyudeen, Pegawai Dasar dan Kajian APPGM-SDG, Teo Lee Ken dan moderator, Sayed Munawar Sayed Mustar pada Konvesyen Tadbir Urus Berintergriti yang diadakan di Bangi Golf Resort. – Foto Sinar Harian/Rosli Talib
Nik Mohd Hasyudeen
BANGI- Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff mengingatkan masyarakat untuk senantiasa melakukan sesuatu pekerjaan dengan amanah dan sama sekali untuk menolak melakukan perbuatan jijik rasuah.
Beliau yang juga merupakan Pasukan Teras Rasuah Busters berkata, mungkin ‘seronok’ untuk membuat kesalahan itu kerana rasuah memberikan kita kesenangan sementara, namun pesannya kita akan dipertanggungjawabkan di atas apa yang kita lakukan ketika ini.
“Ketika saya menjadi CEO TH, saya ingatkan pengawai saya, kita kena ingat satu masa nanti kita akan berdiri di hadapan ALLAH, apa yang kita buat ini akan dipersoalkan, akan ada hisab, tindakan hari ini ada kesannya pada masa mendatang, jadi bila kita ini umat Islam nanti hadapan ALLAH kita tidak boleh ‘pusing-pusing’ dah, laporan audit boleh kita pusing lagi.
“Jadi kita perlu ambil serius tanggungjawab kita, sama ada orang tahu atau tidak, akan diaudit atau tidak, sekiranya kita diarah untuk membuat sesuatu yang bertentangan adakah kita sanggup lakukan? ingat kita hendak senang sekarang atau dihadapan ALLAH nanti,” katanya ketika menjadi panel forum bertajuk ‘Tadbir Urus Berintegriti’ bersempena Konvensyen Tadbir Urus Berintegriti yang berlangsung di Bangi Golf Resort pada Khamis.
Tambahnya, dari segi persektif Islam juga kita dalam melaksanakan sesuatu tanggungjawab perlu menjadikan ia sebagai satu ibadah.
“Itulah yang digalakkan, sekiranya hendak negara ada perubahan kita juga perlu melakukan perubahan itu,” tegasnya.
Sementara itu, ketika bercakap mengenai untuk mendepani isu rasuah, Nik Mohd Hasyudeen menegaskan setiap daripada ketika perlu memainkan peranan masing-masing.
“Kita tatap muka kita dalam cermin, tanya orang dalam cermin itu, kalau setakat cakap sahaja itu tidak mendatangkan sebarang solusi, kita kalau cakap kena buktikan dengan perbuatan, peranan itu yang penting saling berperanan,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Dasar dan Kajian Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (APPGM) – Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Teo Lee Ken berkata, kawalan kuasa terhadap kuasa politik sangat penting dalam memastikan berlakunya instrumen semak dan imbang di negara ini.
Katanya, sekiranya negara ini ingin memacu perubahan, stuktur politik Malaysia perlu kompiten dan rakyat digesa untuk bersama memainkan peranan berkenaan.
Jelasnya, instrumen itu juga membolehkan kita untuk mencegah budaya rasuah daripada terus berleluasa di negara ini.
“Kita perlu ada perbatasan kuasa, ada semak dan imbang, ini juga perlu diberi penekanan yang sewajarnya,” katanya.
The post 'Kita hendak senang sekarang atau depan ALLAH nanti' appeared first on Info Sinar.
Hapuskan rasuah hingga akar umbi
Peserta memberi tumpuan ketika ceramah disampaikan.
Nurhayati menjadi panel pada Konvensyen Tadbir Urus Berintegriti yang diadakan di Bangi Golf Resort. – Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
BANGI – Penerapan nilai membenci rasuah boleh bermula dari rumah, justeru peranan ibu bapa dituntut bagi merealisasikan matlamat itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (#Rasuah Busters), Nurhayati Nordin berkata, ibu bapa boleh menjadi contoh di rumah kerana merupakan golongan paling dekat dengan anak-anak.
“Perubahan kepada negara ini (benci rasuah) bermula dari rumah, dan jika kita amati bibit rasuah tanpa kita sedari juga boleh bermula dari rumah.
“Dalam hal ini peranan ibu bapa amat signifikan dalam membentuk nilai moral karakter bangsa anak-anak mereka, dan hasrat untuk menghapuskan rasuah hingga akar umbi insya-ALLAH mampu dilakukan,” katanya ketika menjadi panel sempena Konvensyen Tadbir Urus Berintegriti yang berlangsung di Bangi Golf Resort pada Khamis.
Konvensyen yang berlangsung selama sehari itu anjuran Persatuan Profesional Kewangan Muslim Malaysia (MFP) dengan kerjasama Pertubuhan IKRAM Malaysia, Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia (SPE UPM).
Dalam pada itu beliau berkata, kisah sejarah Tembok Besar China yang berjaya dibolosi musuh melalui pintu utama sebanyak tiga kali angkara rasuah perlu menjadi iktibar.
“Musuh masuk bukan perlu meruntuhkan tembok itu, sebaliknya cukup dengan hanya memberi rasuah kepada ‘penjaga’ pintu masuk, sebab itulah rasuah boleh meruntuhkan, hatta sebuah tamadun besar boleh runtuh gara-gara rasuah,” tegasnya.
Justeru katanya, semua golongan masyarakat mempunyai peranan masing-masing dalam menjadi titik penyambung kepada usaha membanteras rasuah di negara ini.
“Kita sebenarnya saling melengkapi serta saling memberi keseimbangan, kita tidak mampu untuk lakukan sendirian (hapus rasuah), insya-ALLAH sesuatu perubahan yang dinamik dan ideal boleh kita lakukan yang penting adalah semua pihak memainkan peranan mereka,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai Rasuah Busters, beliau berkata, gerakan yang memasuki dua tahun penubuhannya telah sedaya upaya ‘menyentuh’ hati rakyat Malaysia dengan mengunjungi hampir satu negara dalam tekad menyampaikan mesej antirasuah kepada rakyat.
Katanya, Rasuah Busters bukan sekadar kempen semata-mata sebaliknya satu gerakan besar untuk memperkukuh sistem operasi insan yang akan membina sebuah sistem nilai dan memberi mesej kepada masyarakat supaya bersama-sama memerangi rasuah.
“Kami merupakan gerakan dari rakyat demi rakyat untuk memulihkan dan membentuk transformasi dan integriti dengan menghapuskan kereputan akhlak dan segala bentuk korupsi.
“Kami juga cuba membentuk kebangkitan rakyat agar menentang najis rasuah yang telah menjadi pandemik dan merosakkan rakyat dan negara. Kempen kami menekankan nilai-nilai integriti yang melahirkan moral dan karakter bangsa yang bertamadun dan berjaya,” tegasnya.
The post Hapuskan rasuah hingga akar umbi appeared first on Info Sinar.
'Kita akan berdepan cabaran pada 2023'
Herizal (tengah) bersama moderator, Anim Ezati Rizki (kiri) dan Setiausaha Agung Majlis Ekonomi Halal (MEH), Dr Helmi Ibrahim pada program Kompas Rasuah Busters bertajuk ‘Rakyat susah, salah siapa?’ di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Shah Alam pada Rabu.
SHAH ALAM – Prospek ekonomi Malaysia pada 2023 dijangka lebih mencabar, kesan daripada ketidakstabilan politik dan ekonomi dunia.
Penganalisis Ekonomi, Politik dan Hubungan Antarabangsa, Herizal Hazri berpandangan, sebagai sebuah negara yang mengamalkan perdagangan pintu terbuka, Malaysia akan turut mengalami kesan jika dunia antarabangsa berada dalam keadaan tidak ‘sihat’.
Susulan itu tegasnya, rakyat Malaysia bakal berhadapan dengan saat-saat yang lebih mencabar dan sukar pada tahun ini.
“Tentu sekali Malaysia tidak terkecuali (krisis ekonomi global), sebab yang pertama secara asasnya kita adalah negara yang ekonominya paling terbuka sekali dari sudut ekonominya, kalau kita lihat di rantau Asia dan juga Asia Tenggara.
“Kita ini sebuah negara yang saling berdagang dengan negara lain di peringkat antarabangsa dan tentu sekali apa sahaja yang berlaku di peringkat dunia itu akan memberi kesan, impak kepada kita.
“Jadi bagi saya apa yang dikhabarkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) itu sebenarnya bukanlah sesuatu yang janggal, banyak penganalisis ekonomi dan politik antarabangsa telah meramalkan memang kita akan melalui masa-masa yang sukar,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam Program Kompas Rasuah Busters bertajuk ‘Rakyat susah, salah siapa?’ yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Rabu.
Tegasnya, suka atau tidak, rakyat sudah tentu perlu berdepan dengan situasi berkenaan.
“Untuk itu kita mungkin perlu mempertingkatkan lagi produktiviti kita, mencari kawasan ekonomi baharu untuk kita mengurangkan impaknya kepada negara serta yang paling utama saya rasakan semua orang perlu menjalankan tanggungjawab masing-masing.
“Kerajaan dan rakyat perlu bersama-sama bergandingan kerana dunia sudah diramalkan akan mengalami saat sukar, kalau masing-masing bertanggungjawab insya-ALLAH kita boleh melaluinya,” katanya.
Sementara itu, menurut Setiausaha Agung Majlis Ekonomi Halal (MEH), Dr Helmi Ibrahim ketika menyentuh perihal berkenaan mengingatkan bahawa semua pihak perlu bersedia dengan segala kemungkinan.
“Kita kena bersedia, kita sebenarnya tidak kena-mengena tetapi kita kena kesan daripadanya… Pertama disebabkan oleh pandemik yang mana kita belum pulih diikuti perang di Eropah,” katanya.
Menyifatkan dunia sebagai sebuah perkampungan yang saling berhubung, Helmi menegaskan, ‘Malaysia tidak boleh lari’ daripada situasi yang dialami oleh dunia antarabangsa ketika ini.
“Ada ungkapan yang menyebut bahawa apa yang berlaku di peringkat global akan mempengaruhi apa yang berlaku di peringkat nasional dan lokal, jadi kita tidak terasing.
“Kita hidup dalam satu perkampungan global, apa yang berlaku di sudut dunia akan terkesan kepada kita,” katanya lagi.
The post 'Kita akan berdepan cabaran pada 2023' appeared first on Info Sinar.
'Tekad lawan rasuah, rakyat bersama Anwar'
Fazril Saleh
SHAH ALAM – Rakyat pastinya akan bersama dan mendukung komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam agendanya melawan rasuah.
Setiausaha Agung, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Fazril Saleh berkata, yang pastinya rakyat gembira dengan kenyataan Anwar yang konsisten dengan tekad memerangi rasuah dan salah tadbir dalam kerajaan.
“Kita mampu kembali menjadi bangsa Malaysia yang bermaruah, dengan berpegang kepada bangsa yang berintegriti, bangsa yang tahu malu, dan benci rasuah. Ia harus menjadi pegangan dan membudaya dalam masyarakat kita, tambah lagi bangsa Malaysia sejak sekian lama, tanpa mengira latar belakang adalah bangsa beragama, bangsa yang punya etika, bangsa yang bermoral.
“Kepada PM, jalankan tanggungjawab anda kerana dalam konteks ini, rakyat bersama anda,” katanya kepada Rasuah Busters pada Selasa.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Anwar bahawa masih terdapat kelompok kecil dalam penjawat awam yang mengamalkan sikap meminta dan menerima rasuah.
Kata Anwar, beliau akan mengambil tindakan tegas terhadap kelompok kecil itu kerana ia boleh mencemarkan imej Kerajaan Perpaduan.
Anwar juga menegaskan tidak mahu kepincangan politik berlarutan, manakala kedudukan dan jawatan sebagai pemimpin bukan suatu kesempatan untuk ‘memunggah’ kekayaan negara.
Anwar juga berkata, pentadbirannya memberi jaminan akan sekurang-kurang memulangkan sebahagian daripada dana telah diselewengkan sebelum ini, kepada rakyat kerana jumlahnya yang besar.
Justeru tegas Fazril sebagai rakyat yang mahu melihat negara ini kembali bangkit, pastinya mereka semua menantikan “janji” Anwar untuk mengembalikan kekayaan negara yang dipunggah itu kembali kepada rakyat.
“Kami juga menyambut baik ketegasan Anwar agar tidak memaafkan kecurangan berkenaan, kerana ia melibatkan rakyat dan negara. Apatah lagi dalam tahun 2023 yang dijangka menjadi tahun yang mencabar ini, kami menagih “janji” Anwar sebagaimana yang beliau sering kali ungkapkan,” katanya.
The post 'Tekad lawan rasuah, rakyat bersama Anwar' appeared first on Info Sinar.
'Mudahkan orang ramai buat aduan rasuah'
Thomas Fann
SHAH ALAM – Kerajaan disaran supaya membuat satu saluran khas kepada orang ramai bagi memudahkan mereka membuat laporan mengenai salah laku dan perbuatan rasuah.
Pengerusi Bersih 2.0, Thomas Fann berkata, satu talian hotline atau portal khas perlu diwujudkan bagi menerima aduan mengenai aktiviti rasuah dalam matlamat membersihkan Malaysia daripada perbuatan jijik berkenaan.
Thomas bagaimanapun mendesak supaya perlu adanya perlindungan yang mencukupi kepada pengadu atau pemberi maklumat jika aduan berkenaan benar.
“Orang ramai hanya akan mengambil bahagian dalam usaha kerajaan untuk membasmi rasuah jika mereka percaya tindakan akan diambil dan mereka tidak akan dihukum kerana melaporkan perkara itu,” katanya kepada Rasuah Busters pada Isnin.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa masih terdapat kelompok kecil dalam penjawat awam yang mengamalkan sikap meminta dan menerima rasuah.
Kata Anwar, beliau akan mengambil tindakan tegas terhadap kelompok kecil itu kerana ia boleh mencemarkan imej Kerajaan Perpaduan.
Menyambut baik kenyataan Anwar itu, Thomas menambah bahawa pihaknya senang apabila Anwar sedar bahawa masih terdapat kelompok penjawat awam yang melakukan rasuah dan beliau komited untuk menangani perkara tersebut.
“Jadi seperti yang saya katakan, orang ramai perlu dipermudahkan (untuk membuat aduan),” katanya.
The post 'Mudahkan orang ramai buat aduan rasuah' appeared first on Info Sinar.