Home Rasuah Busters ToT 1.0 lahirkan ejen Rasuah Busters

ToT 1.0 lahirkan ejen Rasuah Busters

0
ToT 1.0 lahirkan ejen Rasuah Busters
Peserta ToT 1.0 ketika berkongsi idea latihan berkumpulan.
Peserta memegang plakad Rasuah Busters sebagai simbolik menolak budaya rasuah.
Program ToT 1.0 menampilkan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (#RasuahBusters), Nurhayati Nordin (kiri), Presiden Multaqa Asatizah dan Du’at Malaysia (Murshid) dan pendakwah Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim (tengah); Penolong Kanan Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Ramli Hassan dan Mohd Zikrul Hakim bin Noor (Coachakim).

SHAH ALAM – Penganjuran Training Of Trainer (ToT) siri 1.0 oleh Rasuah Busters merupakan inisiatif melahirkan ejen-ejen perubahan masyarakat bagi menyemai budaya berintegriti di samping bermatlamat menjadikan Malaysia bersih daripada rasuah.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (#RasuahBusters), Nurhayati Nordin berkata, sebagai sebuah gerakan daripada rakyat kepada rakyat, #RasuahBusters meneruskan kempen kesedaran di samping mewujudkan masyarakat yang bertanggungjawab membina #NilaiMoralKarakterBangsa di dalam lingkaran tersendiri menerusi inisiatif ToT.

“Konsep ‘loose coalition’ iaitu setiap anggota masyarakat bergerak di dalam kapasiti dan keupayaan masing-masing memerlukan maklumat dan kemahiran yang diperteguhkan dan dikemas kini untuk menjamin keberkesanan gerakan membawa perubahan secara organik.

“Menerusi ToT kita berharap dapat melahirkan ejen-ejen Rasuah Busters bagi membawa perubahan budaya integriti dan anti rasuah dalam pelbagai sektor dan lapisan masyarakat.

“Ejen-ejen ini bermaksud kita mahu lahirkan jurulatih yang mempunyai nilai benci rasuah dan mampu untuk sebar luaskan nilai-nilai integriti,” katanya kepada Rasuah Busters pada Sabtu.

Program ToT 1.0 yang berlangsung di Kumpulan Karangkraf menampilkan Penolong Kanan Bahagian Pendidikan Masyarakat Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ramli Hassan; Presiden Multaqa Asatizah dan Du’at Malaysia (Murshid) dan pendakwah Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim serta Pakar Motivasi, Mohd Zikrul Hakim bin Noor (Coachakim) sebagai jurucakap.

Ia membabitkan penyertaan lebih 50 orang peserta terdiri daripada pelbagai segmen masyarakat.

Turut hadir, Penolong Penguasa SPRM Kesavan Rathakrishnan dan Penolong Penguasa SPRM Nur Falihin Ahmad Fadillah

**media[2098309]**

Mengulas lanjut Nurhayati berkata, ToT juga bermatlamat untuk membimbing serta melatih dan memperkasa jurulatih Rasuah Busters di seluruh negara.

“Ia bagi melahirkan kefahaman ketua-ketua organisasi tentang rasuah yang sesuai dengan konteks pemulihan negara pada hari ini.

“Dengan perkongsian di dalam ToT juga kita mempersiapkan pengkaderan rakyat Malaysia untuk menjadi ejen pembanteras rasuah,” katanya.

**media[2098310]**

Dalam pada itu, jelas Nurhayati, susulan sambutan yang menggalakkan daripada peserta pada penganjuran kali ini, ToT ini akan disebarluaskan ke negeri-negeri lain selepas ini.

“Alhamdulillah program peringkat pertama telah berlangsung dengan amat baik sekali, jadi kita juga ada perancangan untuk adakan di negeri-negeri lain.

“Ada juga cadangan supaya kita adakan program ini bersama komuniti, sesi perkongsian dan banyak juga cadangan supaya dipanjangkan tempoh sesi ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here