Home Uncategorized Tiga sekolah Kuala Langat disanitasi

Tiga sekolah Kuala Langat disanitasi

0
Tiga sekolah Kuala Langat disanitasi

KUALA LANGAT – Sebanyak tiga buah sekolah di sekitar daerah ini selesai disanitasi oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sejak semalam.

Timbalan Ketua Zon 5 Balai Bomba dan Penyelamat KLIA, Penguasa Bomba, Abu Bakar Abd Kadir berkata, operasi bermula jam 9 pagi itu dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL), polis dan Pejabat Kesihatan Daerah.

“Pada Sabtu lalu, lokasi sanitasi dilakukan di sekitar Bandar Sungai Emas membabitkan beberapa lokasi di kawasan padang, lot premis, rumah teres, rumah flat (tujuh blok), surau dan taska.

“Dua buah sekolah turut disanitasi iaitu Sekolah Kebangsaan Sungai Manggis dan Sekolah Agama (Kafa) Telok Datuk,” katanya di sini hari ini.

Abu Bakar berkata, operasi tersebut diteruskan pada hari ini di Jenjarom di Sekolah Kebangsaan Jenjarom selain ujian saringan Covid-19.

Setakat semalam, sebanyak 12 kes masih dirawat membabitkan daerah Kuala Langat.

Selain itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bilangan kes baharu Covid-19 di Malaysia kekal pada tiga angka apabila sejumlah 374 kes positif dilaporkan semalam.

Daripada 374 kes baharu itu, sebanyak 372 membabitkan penularan tempatan dan dua kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here