Home Koronavirus Tiga lagi sekolah ditutup di Perak

Tiga lagi sekolah ditutup di Perak

0
Tiga lagi sekolah ditutup di Perak

IPOH – Tiga lagi sekolah di Perak ditutup selama tujuh hari bermula hari ini berikutan terdapat jangkitan positif koronavirus (Covid-19) dalam kalangan warganya.

Sekolah terlibat adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki dan Sekolah Kebangsaan (SK) Klebang Jaya masing-masing di Chemor, Ipoh manakala SK Tanah Kebun di Parit Buntar.

Penutupan berkenaan dimaklumkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak menerusi satu surat bermula 19 sehingga 25 Oktober ini.

Ia bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi dapat dijalankan selari dengan arahan dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Penutupan ini menjadikan keseluruhan 10 sekolah dilaporkan ditutup di Perak sejak gelombang ketiga Covid-19 melanda negara, September lalu.

Sebelum ini, tujuh sekolah yang tutup ialah SMK King Edward VII, SMK (P) Treacher Methodist, SMK Bukit Jana, SK Taman Jana, SK Convent Kota dan SK Ulu Mengkuang dalam daerah Larut Matang Selama manakala sebuah lagi SK Lekir di Batu 8 dekat Sitiawan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here