Home Uncategorized Tempoh seminggu lihat kesan pelaksanaan PKPB

Tempoh seminggu lihat kesan pelaksanaan PKPB

0
Tempoh seminggu lihat kesan pelaksanaan PKPB

KUALA LUMPUR – Kerajaan memerlukan tempoh sekurang-kurangnya seminggu bagi melihat kesan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dalam melandaikan lekuk kes Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memantau rapi situasi semasa mengenai jangkitan wabak berkenaan.

“Berdasarkan pengalaman lepas dengan melaksanakan PKPB, kita (kerajaan) berjaya melandaikan lengkung sehingga mencapai angka satu digit dan juga angka kosong (bagi kes penularan tempatan).

“Kementerian akan memantau rapi situasi dan memaklumkan dari masa ke masa serta membincangkan isu-isu keselamatan dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara,” katanya pada sidang akhbar maya disiarkan di Facebook Kementerian Kesihatan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, melalui pelaksanaan PKPB, ia dapat memberi keseimbangan antara melindungi nyawa dan mata pencarian rakyat.

PKPB dikuatkuasakan di seluruh Sabah berkuat kuasa jam 12.01 tengah malam 13 Oktober hingga 26 Oktober ini, manakala di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula 12.01 tengah malam ini (14 Oktober) hingga 27 Oktober.

-Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here