Home Uncategorized SMA Sultan Ismail ditutup, pelajar positif Covid-19

SMA Sultan Ismail ditutup, pelajar positif Covid-19

0
SMA Sultan Ismail ditutup, pelajar positif Covid-19

DUNGUN – Sekolah Menengah Agama (SMA) Sultan Ismail di sini diarah tutup selama lapan hari bermula hari ini hingga 15 Oktober 2020 kerana terdapat pelajarnya yang disahkan positif koronavirus (Covid-19).

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Nor Azimi Yunus berkata, langkah itu diambil bagi membolehkan proses sanitasi dijalankan serta mengelak penularan wabak itu.

“Terdapat kes positif Covid-19 yang telah disahkan pada 7 Oktober 2020 melibatkan seorang pelajar.

“Saringan Covid-19 juga akan dilakukan terhadap murid atau guru yang menjadi kontak rapat dengan pesakit Covid-19 di sekolah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

SMA Sultan Ismail mempunyai seramai 66 guru dan 832 pelajar.

Mulai 28 September hingga 6 Oktober 2020, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu telah mengarahkan sebanyak 16 premis ditutup sementara di bawah Seksyen 18(1)(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) untuk tujuan disinfeksi bagi mengelakkan penularan penyakit.

Premis-premis itu merangkumi empat premis perniagaan, sekolah (3), klinik swasta (3), kedai makan (3) dan masing-masing sebuah masjid, surau dan tabika.

Katanya, premis-premis lain yang ditutup selain daripada senarai tersebut adalah di atas inisiatif pihak agensi atau pemilik premis itu sendiri.

Dalam perkembangan semasa, Jabatan Kesihatan Negeri melalui kenyataannya berkata, terdapat pertambahan lima kes positif baharu di Terengganu menjadikan sebanyak 31 kes Covid-19 aktif dengan jumlah keseluruhan kes dilaporkan sebanyak 149 kes di negeri tersebut.

“Pada 8 Oktober 2020, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu merekodkan tiga kes sembuh dan lima kes baharu Covid-19.

“Lima kes baharu merujuk kepada dua kes dari Mukim Batu Rakit, Kuala Nerus, dua kes dari Mukim Kuala Abang, Dungun dan satu kes dari Mukim Gelugur Kedai, Kuala Terengganu,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi SOP ditetapkan dengan mengamalkan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka semasa berada di tempat awam, elakkan kawasan sesak dan sempit serta elakkan bertutur atau bersembang pada jarak dekat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here