Home Uncategorized SK dan sekolah agama di Masai ditutup seminggu

SK dan sekolah agama di Masai ditutup seminggu

0
SK dan sekolah agama di Masai ditutup seminggu

PASIR GUDANG – Sekolah Kebangsaan (SK) Masai dan Sekolah Agama As-Syakirin, Masai di sini ditutup selama tujuh hari bermula esok berikutan terdapat kes positif koronavirus (Covid-19) di sekolah itu.

Menurut surat rasmi yang dikeluarkan SK Masai, penutupan bermula 11 Oktober sehingga 17 Oktober ini.

“Merujuk kepada kenyataan media Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhubung penutupan sekolah yang disahkan mempunyai kes positif Covid-19 bertarikh 9 Oktober 2020.

“Pihak sekolah ingin memaklumkan sekolah akan dibuka semula seperti biasa pada 18 Oktober ini,” kata kenyataan itu.

Selain SK Masai, Sekolah Agama As-Syakirin Masai turut mengambil langkah sama bagi mencegah penularan pandemik Covid-19.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Shaharuddin Saari mengesahkan penutupan sekolah berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here