Home Uncategorized SK Bangsar ditutup selepas 2 murid positif Covid-19

SK Bangsar ditutup selepas 2 murid positif Covid-19

0
SK Bangsar ditutup selepas 2 murid positif Covid-19

SHAH ALAM – Sekolah Kebangsaan (SK) Bangsar ditutup bermula jam 12 tengah hari hari ini sehingga 16 Oktober bagi tujuan sanitasi dan saringan Covid-19.

Perkara berkenaan dimaklumkan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dalam satu notis yang ditampal di sekolah berkenaan dan tular di media sosial.

Turut mengesahkan penutupan sekolah tersebut ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil melalui ciapannya yang dimaklumkan akan perkara berkenaan oleh PIBG dan guru besar SK Bangsar hari ini.

“Saya telah terima info dari Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) & Guru Besar SK Bangsar bahawa Pejabat Kesihatan Lembah Pantai telah mengarahkan SK Bangsar ditutup dari hari ini hingga 16 Oktober untuk tujuan sanitasi dan saringan Covid-19.

”Saya doakan semua pelajar, ibu bapa dan guru SK Bangsar sihat dan selamat,” katanya.

Semalam, media melaporkan dua murid SK Bangsar didapati positif Covid-19. Difahamkan, kedua-dua murid berkenaan mendapat jangkitan daripada ahli keluarga mereka yang pulang daripada menghadiri kenduri.

Susulan daripada itu, pentadbiran SK Bangsar melaporkan pagi tadi bahawa 100 peratus murid sesi pagi sekolah berkenaan tidak hadir.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here