Home Koronavirus Situasi Covid-19 di Sabah belum kritikal: Noor Hisham

Situasi Covid-19 di Sabah belum kritikal: Noor Hisham

0
Situasi Covid-19 di Sabah belum kritikal: Noor Hisham

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menepis dakwaan sesetengah pihak bahawa situasi di Sabah semakin kritikal.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kapasiti kesihatan di negeri itu masih mampu menampung jumlah pesakit.

“Pihak yang membuat pelbagai dakwaan dengan mengatakan peralatan kesihatan tidak mencukupi mungkin mereka tidak turun padang,” katanya pada sidang akhbar perkembangan Covid-19 di KKM di sini hari ini.

Menurutnya, walaupun cabaran menangani gelombang ketiga Covid-19 lebih mencabar berbanding gelombang pertama, namun KKM kini lebih bersedia.

“Pelbagai dakwaan seperti kekurangan katil, namun jika kita lihat hari ini kes discaj di Sabah juga meningkat,” katanya.

Menurutnya, perolehan darurat sebanyak RM25 juta telah diluluskan dengan RM18 juta untuk pakaian pelindung diri (PPE) bagi dihantar ke Sabah.

“Bakinya sebanyak RM7 juta lagi diagih kepada hospital dan pejabat kesihatan daerah,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan rekod, PPE KKM masih lagi boleh bertahan sehingga 29 hari namun ada bekalan PPE yang boleh bertahan sehingga 97 hari.

“Kita juga banyak menerima sumbangan PPE daripada kerajaan negeri Sabah dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Maka dengan jumlah PPE yang ada ini, kita tidak akan menghadapi isu putus bekalan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here