Home Koronavirus Sekatan ketat di negara Eropah, jumlah kematian lebih 250,000

Sekatan ketat di negara Eropah, jumlah kematian lebih 250,000

0
Sekatan ketat di negara Eropah, jumlah kematian lebih 250,000

BRUSSELS – Ancaman jangkitan gelombang kedua koronavirus (Covid-19) di Eropah memaksa beberapa negara mengambil langkah tegas untuk membendung pandemik tersebut selepas lebih 250,000 kematian direkodkan.

Di Belgium, pemerintah melaksanakan perintah berkurung di seluruh negara bermula hari ini selain mengarahkan penutupan kafe dan restoran selama empat minggu manakala Switzerland mewajibkan pemakaian pelitup muka di ruang dalaman di tempat awam.

Peraturan baharu itu termasuk melarang perjumpaan sosial disertai lebih 15 individu dilaksanakan selepas kes jangkitan di negara itu meningkat dua kali ganda sejak tujuh hari lalu.

Ketika ini, Perancis turut menguatkuasakan perintah berkurung di sembilan bandar termasuk Paris bermula kelmarin selepas mencatatkan 32,400 kes jangkitan baharu sehari sebelum itu.

Sementara itu, Itali menjadi negara terbaru di Eropah mengumumkan sekatan baharu selepas kini berdepan jangkitan gelombang kedua selepas ia menarik balik perintah lockdown selama dua bulan pada Mei lalu.

Penularan Covid-19 yang semakin membimbangkan di United Kingdom (UK) menyebabkan penasihat saintifik kerajaan, Jeremy Farrar mencadangkan negara itu menguatkuasakan lockdown selama tiga minggu.

“Sekatan berperingkat yang dilaksanakan ketika ini tidak akan menurunkan kadar jangkitan atau mencegah penyebaran virus tersebut,” ujarnya.

Wales bagaimanapun mengambil langkah segera mengumumkan lockdown selama dua minggu bermula Jumaat ini. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here