Home Uncategorized Remaja perempuan disamun, diraba ‘polis’

Remaja perempuan disamun, diraba ‘polis’

0
Remaja perempuan disamun, diraba ‘polis’

KLANG – Seorang pelajar perempuan berdepan detik hitam apabila bukan sahaja disamun lelaki yang menyamar polis, malah turut diraba dalam kejadian di Kampung Delek Kanan di sini pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisoner Shamsul Amar Ramli berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa berusia 15 tahun bersama rakannya menaiki motosikal ditahan seorang lelaki yang menunggang motosikal Yamaha LC.

“Suspek yang menyamar sebagai polis itu meminta rakan mangsa yang menunggang motosikal tersebut menunjukkan lesen memandu serta menyuruh menelefon ibunya atas alasan akan membawa mereka ke balai polis.

“Bimbang mengenai ugutan tersebut, mangsa kemudian mengeluarkan telefon bimbit untuk menghubungi ahli keluarganya sebelum suspek bertindak merampas telefon tersebut dan meraba payu dara mangsa sebelum melarikan diri,” katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Menurutnya, polis kemudian menahan dua lelaki berusia 25 dan 44 tahun termasuk seorang warga Bangladesh kira-kira jam 10.30 malam di Pelabuhan Klang semalam.

Kata Shamsul Amar, polis juga merampas sebuah motosikal jenis Demak Evo dan helmet jenis MHR serta dua buah Iphone 6S dan sewaktu disoal siasat, suspek mengaku terlibat dalam kejadian tersebut.

“Semakan mendapati suspek lelaki tempatan itu mempunyai lima rekod jenayah lampau termasuk berkaitan Akta Senjata 1960 selain kes dadah.

“Siasatan lanjut masih dilakukan termasuk tempoh penglibatan mereka dan kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 392 Kanun Keseksaan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here