Home Uncategorized Pusat membeli belah berhampiran One Utama turut lenggang

Pusat membeli belah berhampiran One Utama turut lenggang

0
Pusat membeli belah berhampiran One Utama turut lenggang

PETALING JAYA – Kebanyakan orang awam mengakui bimbang dengan penularan wabak koronavirus (Covid-19) susulan terdapatnya kes positif di pusat membeli belah One Utama baru-baru ini.

Malah ada di antara pengunjung mengakui turut tidak mengetahui mengenai penutupan pusat membelah tersebut selama seminggu bermula hari ini.

Menerusi tinjauan Sinar Harian di pusat membeli belah lain berhampiran kawasan itu mendapati jumlah pengunjung berkurangan berbanding biasa walaupun pada cuti hujung minggu.

Menurut seorang pekerja kedai aksesori telefon, Khairunnisa Khairuddin,19, keadaan di pusat membeli belah itu mula lenggang sejak minggu lalu selepas kes positif Covid-19 dikesan semakin menunjukkan pertambahan.

“Biasanya pada cuti hujung minggu, keadaan di sini memang ramai dengan pengunjung namun sejak seminggu lalu, jumlah itu semakin berkurangan.

“Dengan terdapatnya kes-kes positif baharu sekitar lokasi ini mungkin membuatkan orang ramai risau untuk keluar,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Semalam Pengurusan Bencana Daerah Petaling, Johary Anuar berkata, penutupan pusat membeli belah One Utama akan bermula pada 11 Oktober (hari ini) bagi tujuan saringan ke atas semua kontak rapat dan proses nyahkuman di pusat membeli belah itu.

Beliau berkata, langkah itu adalah susulan terdapat empat kes positif melibatkan tiga pekerja dan seorang pengunjung di sana.

Dalam pada itu, salah seorang pengunjung, Hasmah Semal, 42, berkata, dia agak terkejut apabila mendapati pusat membeli belah di sini agak lenggang tanpa kehadiran pengunjung khususnya pada cuti hujung minggu ini.

ARTIKEL BERKAITAN: One Utama minta pengunjung lakukan saringan

Menurut Hasmah, dia juga mengakui tidak mengetahui pusat membeli belah One Utama telah ditutup ekoran daripada penularan wabak Covid-19 tersebut.

“Saya selalunya balik kerja lambat dan sebab itu saya pilih untuk keluar hari ini.

“Saya agak terkejut juga bila mengetahui ada pusat membeli belah berhampiran kawasan ini telah ditutup,” katanya.

Walaupun bimbang dengan penularan Covid-19, Hasmah berkata, dia terpaksa juga keluar bagi mendapatkan barangan keperluan memandangkan perlu kerja pada hari biasa.

“Memang risau sangat dengan Covid-19 sebab kita tak nampak virus itu namun kami terpaksa juga keluar untuk dapatkan barangan keperluan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here