Home Uncategorized Polis tambah dua sekatan jalan raya di PKPB Klang

Polis tambah dua sekatan jalan raya di PKPB Klang

0
Polis tambah dua sekatan jalan raya di PKPB Klang

SHAH ALAM – Polis akan mengadakan sekatan jalan raya dan penutupan jalan di dua lokasi tambahan mulai tengah malam ini susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di mukim Klang.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, dua lokasi itu ialah di Bandar Puteri, Klang (Jalan Gelang 8) dan di Taman Suria, Pendamar (Flat Suria Pendamar), Pandamaran.

“Di Bandar Puteri, sekatan jalan raya akan dilakukan di Lebuh Gelang 1 arah kanan manakala Lebuh Gelang 1 menghala ke Jalan Johan Setia akan ditutup. Di Taman Suria pula, sekatan jalan raya akan dilakukan di jalan masuk ke Jalan Selat Selatan 14 sementara Jalan Selat Selatan 14 menghala ke Jalan Banting-Pandamaran akan ditutup sehingga tamat tempoh PKPB,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Shamsul Amar berkata, orang ramai yang ingin keluar masuk ke Bandar Puteri (Jalan Gelang 8) dan Taman Suria Pendamar (Flat Suria Pandamaran) dikehendaki mendapatkan surat kebenaran daripada pihak polis.

“Tindakan kompaun akan dikenakan sekiranya terdapat ketidakpatuhan kepada prosedur operasi standard PKPB,” katanya. – Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Penduduk mukim Klang perlu surat majikan untuk keluar bekerja

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here