Home Uncategorized Petugas PPZ-MAIWP disahkan positif Covid-19

Petugas PPZ-MAIWP disahkan positif Covid-19

0
Petugas PPZ-MAIWP disahkan positif Covid-19

KUALA LUMPUR – Beberapa petugas Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) disahkan positif Covid-19.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Ahmad Shukri Yusoff yang berkata, semua petugas PPZ-MAIWP telah diarahkan menjalani ujian saringan dan diletakkan di bawah pengawasan kuarantin, sebagai tindakan pencegahan dan kawalan.

“PPZ-MAIWP juga sedang bekerjasama dengan pihak KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dalam usaha untuk mengawal penularan bagi memastikan kesihatan dan keselamatan kakitangan PPZ-MAIWP dan orang awam terjamin.

“Pelaksanaan kerja-kerja sanitasi bagi mencegah penularan wabak Covid-19 di semua premis PPZ-MAIWP juga telah dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, Ahmad Shukri berkata, PPZ-MAIWP dijangka beroperasi semula pada 28 Oktober ini.

Sebarang pembayaran zakat boleh dibuat melalui saluran portal rasmi www.zakat.com.my dan juga perbankan internet.- Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here