Home Uncategorized Pesakit psikiatri ditemui mati tergantung di wad

Pesakit psikiatri ditemui mati tergantung di wad

0
Pesakit psikiatri ditemui mati tergantung di wad

KUANTAN – Seorang lelaki yang sedang mendapatkan rawatan psikiatri di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini ditemui tergantung di wad hospital berkenaan pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Noor Yusof Ali berkata, mangsa berusia 58 tahun itu ditemui tergantung di jeriji besi wad oleh pegawai kesihatan bertugas pada kira-kira jam 5.50 pagi.

“Polis dimaklumkan petugas HTAA telah melihat seorang pesakit dalam keadaan berdiri (tergantung) di tepi jeriji.

“Petugas telah melepaskan pesakit tersebut dan melakukan bantuan pernafasan kecemasan (CPR), namun pesakit telah disahkan meninggal oleh doktor yang bertugas pada jam 6.20 pagi,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, mengikut rekod, pesakit tersebut telah didaftarkan masuk ke HTAA oleh ahli keluarganya pada jam 6.30 petang semalam.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada Jabatan Forensik HTAA untuk tindakan selanjutnya termasuk saringan Covid-19 dan bedah siasat.

Sinar Harian difahamkan mangsa pernah mendapatkan rawatan sebanyak dua kali sebelum ini di hospital sama iaitu pada 1996 dan 2000.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here