Home Koronavirus Persidangan Dewan Rakyat tidak boleh dijalankan secara maya: Ismail Sabri

Persidangan Dewan Rakyat tidak boleh dijalankan secara maya: Ismail Sabri

0
Persidangan Dewan Rakyat tidak boleh dijalankan secara maya: Ismail Sabri

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat tidak boleh dijalankan secara maya kerana tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat di samping kekangan lain, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Oleh itu katanya, pembentangan semua rang undang-undang, termasuk belanjawan harus dijalankan di Parlimen.

“Menurut ingatan saya, berdasarkan Perkara 62(5) (Perlembagaan Persekutuan), kalau dari segi undian, mesti dibuat dalam Parlimen dan tidak boleh dibuat di luar… (ini termasuk) bajet dan rang undang-undang yang dibentangkan setiap hari, undiannya mesti di Parlimen,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Wisma Pertahanan di sini.

Menurutnya berdasarkan peraturan itu, persidangan harus dijalankan seperti biasa namun tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.- Bernama

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here