Home Uncategorized Peningkatan kes di Sabah disebabkan sampel Covid-19 tertunggak

Peningkatan kes di Sabah disebabkan sampel Covid-19 tertunggak

0
Peningkatan kes di Sabah disebabkan sampel Covid-19 tertunggak

KOTA KINABALU – Peningkatan kes koronavirus (Covid-19) di Sabah sejak beberapa hari ini adalah disebabkan bilangan sampel yang tertunggak sejak awal bulan ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, setakat ini sebanyak 11,000 sampel Covid-19 masih belum melalui ujian pengesanan setakat ini.

Menurutnya, jumlah itu menunjukkan pengurangan berikutan bilangan sampel terdahulu yang tertunggak adalah 18,000, namun Kementerian Kesihatan (KKM) sudah menjalankan ujian terhadap 7,000 sampel semalam.

“Kita juga ingin menerangkan tunggakan sampel yang banyak ini juga adalah faktor penyumbang peningkatan jumlah kes positif Covid-19 baharu yang banyak setiap hari kebelakangan ini.

“Hal ini disebabkan keputusan dikemukakan membabitkan kes lama dan baharu sekali gus menampakkan peratusan tinggi dan mendadak,” katanya pada sidang media perkembangan semasa Covid-19 Sabah di Wisma Innoprise di sini hari ini.

Katanya, selain itu, peningkatan kes Covid-19 di Sabah juga ekoran hasil saringan lapangan yang diperluaskan serta bersasar di kawasan jangkitan membabitkan 15 daerah zon merah termasuk Tawau, Lahad Datu, Semporna, Kunak dan Kota Kinabalu

“Jadi, rakyat di negeri ini tidak terlalu bimbang kerana langkah kawalan pencegahan bagi membendung penularan jangkitan Covid-19 sudah dilaksanakan Jabatan Kesihatan Sabah.

“Setakat ini, seramai 1,577 individu berada di pusat kuarantin manakala seramai 29,470 orang kini diperintahkan menjalani kuarantin di rumah,” katanya.

Sementara itu, Masidi berkata, kerajaan negeri memberi jaminan bahawa sembilan hospital kerajaan di seluruh Sabah masih mampu menampung keperluan pesakit Covid-19.

“Kita juga sudah mengubah suai 22 bangunan kerajaan menjadi pusat kuarantin sementara.

“Langkah ini dilihat dapat membantu kita menyelesaikan masalah penempatan untuk kes-kes bukan memerlukan pemantauan rapi,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: 871 kes baharu, tujuh kematian

Empat kluster baharu Covid-19, 85 kluster aktif: Noor Hisham

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here