Home Uncategorized Pejabat Agama Islam Rembau ditutup, pelanggan positif Covid-19

Pejabat Agama Islam Rembau ditutup, pelanggan positif Covid-19

0
Pejabat Agama Islam Rembau ditutup, pelanggan positif Covid-19

REMBAU – Pejabat Agama Islam Daerah Rembau diarah ditutup selama sembilan hari bermula hari ini berikutan seorang pelanggan yang berurusan di premis itu positif koronavirus (Covid-19).

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Mohd Zaidi Ramli berkata, pemeriksaan mendapati pelanggan itu berurusan di premis berkenaan pada 1 Oktober lalu.

Menurutnya, penutupan serta-merta itu selepas jabatan mendapat arahan daripada Pegawai Daerah Rembau selaku Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah pagi tadi.

“Setakat ini hanya seorang kakitangan diarahkan untuk melakukan ujian saringan manakala 26 lagi kakitangan kuarantin kendiri di rumah.

“Kita telah melakukan proses disinfeksi di kawasan premis berkenaan, namun orang ramai dinasihatkan supaya tidak panik,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here