Home Uncategorized Operasi semua sekolah JAIS di daerah Petaling ditangguhkan

Operasi semua sekolah JAIS di daerah Petaling ditangguhkan

0
Operasi semua sekolah JAIS di daerah Petaling ditangguhkan

SHAH ALAM – Semua operasi persekolahan di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di daerah Petaling ditangguhkan berkuat kuasa esok sehingga 25 Oktober ini.

Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad berkata, langkah berkenaan diambil berdasarkan peningkatan penularan kes wabak koronavirus (Covid-19) di daerah itu sejak kebelakangan ini.

Beliau berkata, penangguhan ini akan berkuat kuasa sehingga pemakluman rasmi lain dikeluarkan JAIS berhubung perkara tersebut.

“Langkah diambil ini juga demi menjaga kemaslahatan pelajar, guru, ibu bapa dan masyarakat umum susulan peningkatan kes Covid-19 di daerah Petaling,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: 298 sekolah di zon merah di Petaling ditutup mulai esok

Terdahulu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa semua sekolah di kawasan zon merah di Petaling, Selangor akan ditutup bermula esok sehingga 25 Oktober ini

Mengulas lanjut, Shahzihan berkata, sepanjang penangguhan berkenaan, semua pengetua, guru besar dan ketua guru perlu memastikan setiap guru serta murid melaksanakan sesi pembelajaran mengikut kesesuaian mereka.

“JAIS sentiasa memantau situasi di Selangor dan bekerjasama rapat dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan KPM,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here