SHAH ALAM – Majlis Keselamatan Negara di bawah Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Mukim Klang.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan MKN juga telah menetapkan bahawa semua sektor ekonomi untuk terus beroperasi dengan pematuhan ketat Tatacara Pengendalian Piawai (SOP).
Kawasan-kawasan yang terlibat dalam PKPB Mukim Klang adalah seperti berikut:
Bandar Bukit Tinggi
Kg Johan Setia
Kg Bukit Naga
Kg Perigi Nenas
Kg Kuantan
Kg Serdang
Bandar Puteri
Kg Sungai Kandis
Taman Sri Andalas
Lorong Sungai Udang
Taman Suria Mutiara
Bukit Raja
Bandar Klang
Ken Jimbaran
Pangsapuri Bukit Kuda
Pangsapuri Palm Garden
Taman Andalas Permai
Taman Desa Meru
Taman Seri Lembayung
Taman Gembira
Kg Delek Kiri
Taman Kim Batu Belah
Kg Sungai Udang
Taman Klang Perdana
Taman Bayu Perdana
Taman Klang Utama
Taman Sentosa
Taman Pendamar Indah
Jalan Dato Dagang
Taman Sejati
Jalan Haji Tarmizi
Taman Setia
Jalan Kebun
Taman Sri Muda
Jalan Muhibbah
Taman Tenaga Bakti