Home Uncategorized Lelaki positif Covid-19 diminta serah diri

Lelaki positif Covid-19 diminta serah diri

0
Lelaki positif Covid-19 diminta serah diri

KOTA KINABALU – Seorang lelaki yang disahkan positif pandemik koronavirus (Covid-19) pada Khamis lalu, diminta menyerahkan diri di mana-mana klinik kesihatan berdekatan di sini.

Ia susulan selepas lelaki berusia 53 tahun itu menghilangkan diri ketika sedang menunggu di Unit Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, lelaki yang beralamat di Taman Puterajaya, Telipok itu dan disahkan positif Covid-19 dalam ujian yang dibuat di Klinik Kesihatan Telipok sehari sebelum kejadian.

“Pihak Klinik Kesihatan Telipok juga sudah menghubunginya, namun suspek tidak menjawab panggilan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Katanya lagi, Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu dan polis sedang giat mengesan suspek untuk tindakan lanjut.

“Setakat ini, suspek masih gagal dikesan dan kes disiasat mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya.

Terdahulu, Habibi menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan melaporkan lokasi sekiranya mengenali suspek.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here