Home Uncategorized KKM tingkat kapasiti bendung Covid-19 di Sabah

KKM tingkat kapasiti bendung Covid-19 di Sabah

0
KKM tingkat kapasiti bendung Covid-19 di Sabah

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah meningkatkan kapasiti dan mobilisasi aset serta sumber manusia dalam memastikan sistem kesihatan awam dan perubatan di Sabah terus mampan dalam membendung penularan koronavirus (Covid-19) di negeri itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, usaha itu termasuk meningkatkan kapasiti ujian makmal Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) dan ujian Antigen Rapid Test Kit (RTK Antigen) sebanyak dua kali ganda.

“Pada Julai, kapasiti ujian RT-PCR di Sabah adalah sebanyak 1,350 ujian. Kini, ia telah dipertingkatkan kepada 2,600 ujian RT-PCR sehari dengan penghantaran sampel RT-PCR setiap hari dilakukan ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) menggunakan perkhidmatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Pos Laju.

“Perkhidmatan penyumberluaran kepada makmal swasta juga dilakukan, misalnya pada 16 Okt, sebanyak 4,327 ujian telah disumberluarkan kepada makmal swasta agar lebih banyak saringan dapat terus dijalankan di lapangan,” katanya dalam sidang media secara maya yang disiarkan melalui Facebook KKM hari ini.

Selain itu, kapasiti katil di sembilan hospital Covid-19 serta 21 Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) di Sabah turut ditingkatkan 2.5 kali ganda, iaitu daripada 2,129 katil pada awal September kepada jumlah terkini iaitu 5,414 katil. – Bernama

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here