Home Uncategorized Kisah Anwar mahu jadi Perdana Menteri satu legenda

Kisah Anwar mahu jadi Perdana Menteri satu legenda

0
Kisah Anwar mahu jadi Perdana Menteri satu legenda

SHAH ALAM – Orang muda yang mengikuti perkembangan politik negara ini pasti mengetahui bahawa Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba menjadi Perdana Menteri sejak sekian lama.

Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Dr Muhd Faiz Na’aman berkata, rakyat negara jiran seperti Singapura juga bertanya adakah pemimpin pembangkang masih lagi Anwar dan ia seolah-olah tiada watak baharu untuk meneruskan perjuangan pihak oposisi.

“Daripada sini kita boleh lihat Anwar menjadikan tujuan beliau sebagai tujuan peribadi. Ini tanggapan banyak pihak dan kenapa Anwar sahaja seolah-olah pihak pembangkang yang layak mengetengahkan dirinya sebagai calon Perdana Menteri.

“Cita-cita beliau ini menyebabkan berlakunya perpecahan dalam PKR sendiri. Orang kuat seperti Rafizi Ramli juga bukan lagi berada dalam arus politik,” katanya pada Wacana Sinar Harian Siri Ke- 200 bertajuk Antara Kepimpinan Muhyiddin Atau Cita-Cita Anwar yang berlangsung di Dewan Karangkraf.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar menghadap Agong Selasa ini

Jelasnya, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan individu yang menawarkan kepimpinan manakala Anwar lebih kepada cita-cita mencapai sasaran dalam apa juga situasi.

“Beliau mahu sokongan daripada pihak yang bersama Perikatan Nasional (PN). Kita nak tahu pihak mana memberikan sokongan kepada Anwar yang ingin mempersembahkan akuan sumpah berkaitan sokongan kepada Yang di-Pertuan Agong,

“Apa yang boleh saya katakan betapa demokratiknya Malaysia dan adilnya Agong memberikan ruang kepada Anwar untuk menunjukkan sokongan beliau. Rakyat di luar sana ingin tahu siapakah dan berapakah sokongan yang dimiliki oleh Anwar jika benar beliau mempunyai majoriti,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here