Home Uncategorized Kaunter PPZ-MAIWP ditutup hingga 27 Oktober

Kaunter PPZ-MAIWP ditutup hingga 27 Oktober

0
Kaunter PPZ-MAIWP ditutup hingga 27 Oktober

KUALA LUMPUR – Operasi Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) ditutup bermula esok sehingga 27 Oktober ini untuk kerja sanitasi di ruang pejabat bagi mengelakkan penularan koronavirus (Covid-19).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Shukri Yusoff dalam kenyataan semalam memaklumkan, penutupan melibatkan Wisma PPZ Taman Shamelin Perkasa dan pejabat cawangan Putrajaya serta semua kaunter PPZ di Kuala Lumpur dan Putrajaya

“Susulan itu, semua operasi harian PPZ hanya dihadkan melalui perkhidmatan dalam talian sahaja,” katanya.

Beliau turut memberitahu, sepanjang tempoh penutupan itu, pembayaran zakat boleh dibuat melalui www.zakat.com.my dan perbankan internet.

Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula esok.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here