Home Uncategorized Jemaah positif Covid-19, Masjid Paya Resak ditutup

Jemaah positif Covid-19, Masjid Paya Resak ditutup

0
Jemaah positif Covid-19, Masjid Paya Resak ditutup

KUALA TERENGGANU – Sebuah masjid di Kampung Paya Resak di sini ditutup selama tiga hari bagi proses nyahkuman susulan terdapat jemaah yang dikesan positif koronavirus (Covid-19) telah menunaikan solat Jumaat di masjid itu.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata, arahan itu telah dikeluarkan berkuatkuasa hari ini hingga 10 Oktober depan.

“Terdapat individu disahkan positif Covid-19 semalam di mana individu terbabit telah menunaikan solat Jumaat di masjid itu pada 2 Oktober lalu.

“Jadi masjid ini ditutup bagi kerja-kerja nyahkuman yang dilakukan mengikut Seksyen 18 (1) (d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bagi mengelak jangkitan wabak ini,” katanya.

Sementara itu, Majlis Daerah Marang (MDM) menerusi satu kenyataan dimuat naik di laman Facebook rasminya hari ini memaklumkan lokasi tumpuan pengunjung di Pantai Pulau Kekabu ditutup pada setiap hari Jumaat dan Sabtu serta cuti umum bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Selain itu, aktiviti pasar harian di bawah pentadbiran MDM buat sementara waktu ini turut ditutup dan hanya dibenarkan beroperasi pada hari yang ditetapkan.

“Pasar pagi, giliran, tani bandar Marang dan Bukit Payong dibenarkan beroperasi hari Jumaat bermula jam 6 hingga 11 pagi, manakala bagi kawasan Binjai Rendah dibenarkan beroperasi pada Khamis pada waktu yang sama,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here