Home Uncategorized Gelombang ketiga Covid-19, KKM akui berdepan cabaran

Gelombang ketiga Covid-19, KKM akui berdepan cabaran

0
Gelombang ketiga Covid-19, KKM akui berdepan cabaran

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berdepan cabaran menghadapi gelombang ketiga selepas koronavirus (Covid-19) disahkan mempunyai mutasi jenis D614G.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, makmal Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mengesahkan beberapa kluster di Kedah dan Sabah adalah mutasi D614G.

“Ini kerana mutasi jenis D614G sememangnya lebih mudah merebak dan mempunyai kebolehjangkitan yang tinggi,” katanya.

Menurutnya, selain itu kes dikesan dalam penjara di Sabah dan Kedah juga yang menyumbang kepada sejumlah besar kes gelombang ketiga.

“Meskipun terdapat kes di luar penjara, ia tidak setinggi yang sudah dikesan dalam Kluster Benteng dan Kluster Tembok,” katanya.

Tambah beliau, kesiapsiagaan KKM berada di tahap tertinggal termasuk keupayaan makmal.

“Sebelum ini kita bermula dengan 23 makmal dan keupayaan hanya dapat melaksanakan 1,000 ujian sehari dan hari ini ada 60 dengan keupayaan maksimum sehingga 41,000 ujian sehari,” katanya.

Dalam pada itu menurut Dr Noor Hisham, pakaian perlindungan diri (PPE) mencukupi.

Terdahulu, beliau ditanya mengenai sama ada gelombang ketiga terkawal berbanding gelombang pertama dan kedua.

ARTIKEL BERKAITAN: Mutasi D614G Kluster Benteng LD berasal dari Indonesia, Filipina

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here