Home Uncategorized Empat daerah di Sabah dilanjut PKPB

Empat daerah di Sabah dilanjut PKPB

0
Empat daerah di Sabah dilanjut PKPB

KOTA KINABALU – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna akan dilanjutkan bermula Selasa depan hingga 26 Oktober ini.

Langkah melanjutkan tempoh PKPB diambil selepas mendapati kes positif Koronavirus (Covid-19) di empat daerah itu masih tinggi.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor berkata, pelaksanaan tempoh PKPB itu dilanjutkan dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPB oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Selain itu, beliau berkata pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di enam lokaliti dalam daerah Semporna dan satu lokaliti di Kunak telah dikuat kuasa mulai hari ini hingga 23 Oktober depan dengan mematuhi SOP PKPD oleh MKN.

“Kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah Covid-19 akan terus memantau perkembangan penularan wabak itu di negeri

ini dengan rapi dan mengambil tindakan bagi membendung penularan.

“Kerjasama semua penduduk di Sabah amat diharapkan supaya penularan pandemik Covid-19 di Sabah dapat dikawal,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.

Terdahulu, Hajiji berkata, keputusan itu diambil selepas mengambil kira keadaan kes positif Covid-19 di Sabah yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) masih menunjukkan bilangan yang agak tinggi iaitu sebanyak 277 kes.

“Daerah yang diisytihar kawasan merah masih merekodkan bilangan kes positif yang banyak manakala terdapat juga daerah-daerah yang tidak mempunyai kes.

“Kerajaan negeri berharap status tiada kes positif Covid-19 di daerah-daerah berkenaan dapat dikekalkan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here