Home Uncategorized Dua penjara di Pulau Pinang kekurangan pelitup muka

Dua penjara di Pulau Pinang kekurangan pelitup muka

0
Dua penjara di Pulau Pinang kekurangan pelitup muka

GEORGETOWN – Dua buah penjara di Pulau Pinang yang kini berdepan wabak koronavirus (Covid-19) memerlukan sumbangan pelitup muka bagi menampung keperluan mereka dengan penggunaan harian sekitar 4,500 keping.

Pengarah Penjara Pulau Pinang, Roslan Mohamed berkata, masalah itu telah dimaklumkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Kami sedang menunggu bekalan untuk disalurkan kepada Penjara Reman Pulau Pinang dan Penjara Seberang Perai.

“Kami ada menerima sumbangan pelitup muka daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan tetapi masih tidak mencukupi,” katanya kepada pemberita di luar Penjara Reman Pulau Pinang di sini hari ini.

Terdahulu, Roslan dan Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang Mohamed Jusoh Ismail menerima sumbangan makanan, pelitup muka dan cecair pembasmi kuman daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo.

Sumbangan itu bagi membantu 116 keluarga kakitangan Penjara Reman Pulau Pinang yang terjejas semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang berkuat kuasa sejak 15 Oktober lalu. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here