Home Uncategorized Dua lagi sekatan jalan raya di Klang

Dua lagi sekatan jalan raya di Klang

0
Dua lagi sekatan jalan raya di Klang

KLANG – Dua lagi lokasi baharu sekatan jalan raya telah diadakan sekali gus menjadikan jumlah terkininya sebanyak enam lokasi bagi daerah Klang Selatan bermula hari ini susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, dua lokasi baharu itu adalah di Taman Sentosa (Jalan masuk ke Perdana Villa) dan Jalan Sungai Udang (bersebelahan Restoran Aishah).

“Tindakan kompaun akan dikenakan sekiranya terdapat ketidakpatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) PKPB.

“Sila hubungi Bilik Gerakan Op Covid-19 di talian 03-33762400 sekiranya ada sebarang pertanyaan atau aduan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, empat lokasi telah dilakukan sekatan jalan raya bermula Jumaat lalu di Bukit Tinggi (Taman Bayu Perdana), Taman Sri Andalas, Bandar Puteri dan Taman Suria Pendamar.

Pada Khamis lalu, Majlis Keselamatan Negara di bawah kerajaan Persekutuan telah mengumumkan pelaksanaan PKPB di Mukim Klang.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan MKN juga telah menetapkan bahawa semua sektor ekonomi untuk terus beroperasi dengan pematuhan ketat SOP.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here