Home Uncategorized Covid-19: KKM ajak masyarakat bersatu berjuang

Covid-19: KKM ajak masyarakat bersatu berjuang

0
Covid-19: KKM ajak masyarakat bersatu berjuang

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengajak masyarakat bersatu untuk bersama membendung pandemik Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mahu semua komuniti di negara ini mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Menurutnya, sejak beberapa hari kebelakangan ini, terdapat peningkatan jumlah kluster baharu dilaporkan terutama di Semenanjung di samping peningkatan kes dalam kluster yang sedia ada.

“Berikutan peningkatan jumlah kes dan kluster yang aktif ini, terdapat beberapa daerah di Semenanjung Malaysia yang telah berubah menjadi zon kuning dan merah,” katanya dalam sidang akhbar secara maya mengenai perkembangan Covid-19 hari ini.

Beliau berkata, sehingga hari ini sebanyak 52 daerah yang dilaporkan menjadi zon kuning dan sebanyak 19 daerah sebagai zon merah di seluruh semenanjung.

“Pelbagai tindakan diambil KKM misalnya dengan menjalankan Active Case Detection (ACD), meneruskan aktiviti-aktiviti survelan di klinik sentinel dan hospital, aktiviti pembersihan dan nyahkuman serta meningkatkan ujian, pengesanan, pengasingan dan rawatan,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, dalam masa yang sama, KKM dengan kerjasama pelbagai agensi berusaha memberikan penjelasan, khidmat nasihat dan didikan kepada masyarakat agar terus membudayakan norma baharu.

“Ia diharap dapat kita memutuskan rantaian penularan jangkitan di dalam komuniti,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here