Home Koronavirus Covid-19: Ibu Pejabat YIDE ditutup sementara

Covid-19: Ibu Pejabat YIDE ditutup sementara

0
Covid-19: Ibu Pejabat YIDE ditutup sementara

SHAH ALAM – Operasi di Ibu Pejabat Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) ditutup sementara mulai hari ini sehingga makluman rasmi lain dikeluarkan.

Pengurus Besarnya, Nur Mohd Razali Abdullah berkata, tindakan berkenaan merupakan langkah awal pencegahan berikutan terdapat kakitangannya mempunyai kontak rapat dengan individu dijangkiti wabak koronavirus (Covid-19).

Beliau berkata, langkah penutupan itu juga diambil atas saranan daripada Ahli Lembaga Pemegang Amanah YIDE, Profesor Dr Azreen Syaril Adnan bagi membolehkan proses sanitasi dilaksanakan segera.

“Bagaimanapun, semua perkhidmatan melalui Pusat Dialisis Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di bawah seliaan YIDE akan beroperasi seperti biasa mengikut jadual ditetapkan.

“Kakitangan YIDE juga akan melaksanakan tugas dari rumah dan semua operasi harian mereka hanya dihadkan melalui perkhidmatan dalam talian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, sebuah agensi milik MAIS, Bakti Suci Holdings Sdn Bhd (BSHSB) turut menutup sementara operasi di ibu pejabat mereka bermula hari ini sehingga notis dimaklumkan kelak.

Pengurus Besar Kumpulan, Mohd Nuri Abdul Aziz berkata, langkah itu diambil selepas beberapa pegawainya terbabit dalam beberapa aktiviti dalaman bersama kakitangan yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit dijangkiti Covid-19.

“Kakitangan BSHSB serta anak syarikat diarahkan bertugas dari rumah dan semua operasi harian dihadkan melalui perkhidmatan dalam talian sahaja,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here