SHAH ALAM – Bilangan kes baharu Covid-19 di Malaysia kekal pada tiga angka apabila 563 kes positif dilaporkan hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 563 kes baharu itu, 562 membabitkan penularan tempatan dan satu kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.
Menurutnya, setakat jam 12 tengah hari ini, sebanyak dua kematian baharu direkodkan menjadikan kumulatif kes kematian akibat wabak itu adalah sebanyak 159 kes.
AKAN MENYUSUL
Terkini #COVID19Malaysia 12 Okt 2020
Kes sembuh=109
Jumlah kes sembuh= 11,022 kes
Kes positif= 563
(kes import=1, kes tempatan=562)
Jumlah positif= 16,220 kes
Kes kematian=2
Jumlah kes kematian= 159 kes
Kes dirawat di ICU= 98 kes
Bantuan Alat Pernafasan= 29 kes pic.twitter.com/Gp0eXuAPhz
— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) October 12, 2020