Home Uncategorized Covid-19: 409 kes pulih, tertinggi sejak pandemik menular

Covid-19: 409 kes pulih, tertinggi sejak pandemik menular

0
Covid-19: 409 kes pulih, tertinggi sejak pandemik menular

PUTRAJAYA – [DIKEMAS KINI] Kes pulih daripada koronavirus (Covid-19) merekodkan angka tertinggi sejak pandemik itu menular dalam negara dengan 409 kes.

Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya adalah 12,014 kes bersamaan dengan 66.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kedah merekodkan kes pulih tertinggi dengan 226 kes diikuti Sabah 111 kes.

“Selangor merekodkan 50 kes pulih, Terengganu (8), Johor (7), Negeri Sembilan (6) dan Pahang (1),” katanya dalam sidang akhbar di sini,hari ini.

Menurutnya, sebanyak 589 kes baharu positif Covid-19 dikesan di seluruh negara menjadikan jumlah keseluruhan kes adalah18,129 dengan 5,945 kes aktif.

Tambah beliau, daripada jumlah itu, 586 kes merupakan penularan dalam negara.

“Jika dilihat pecahan utama jumlah kes hari ini, Sabah masih mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 304 kes,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, secara keseluruhan, sebanyak 91 kes yang dilaporkan hari ini terdiri daripada Kluster Tembok, Kluster Penjara Reman dan Kluster Penjara Seberang Perai.

“Kes-kes ini sememangnya terasing di dalam penjara,” katanya.

Tambah beliau, kawasan Lembah Klang pula merangkumi 27.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Selangor mencatat 150 kes, Kuala Lumpur (sembilan) dan Putrajaya (satu) kes,” katanya.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan tiga kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

“Kesemua kes berkenaan melibatkan warga asing yang mendapat jangkitan dua dari Indonesia dan satu dari Ukraine,” katanya.

Beliau berkata, sehingga kini, terdapat 103 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 31 memerlukan bantuan kes.

Katanya, Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat (CPRC) Kebangsaan menerima laporan mengenai tiga kematian berkaitan Covid-19.

“jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 170 kes iaitu 0.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya.

Berdasarkan ringkasan kes kematian, ia melibatkan dua warga asing dan seorang rakyat tempatan di Sabah yang berumur 54 hingga 100 tahun.

“KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here