Home Uncategorized Covid-19: 374 kes baharu, tiga kematian

Covid-19: 374 kes baharu, tiga kematian

0
Covid-19: 374 kes baharu, tiga kematian

SHAH ALAM – Bilangan kes baharu Covid-19 di Malaysia kekal pada tiga angka apabila 374 kes positif dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 374 kes baharu itu, 372 membabitkan penularan tempatan dan dua kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

Menurutnya, setakat jam 12 tengah hari ini, sebanyak tiga kematian baharu direkodkan dengan kesemua kes adalah di Sabah menjadikan kumulatif kes kematian akibat wabak itu adalah sebanyak 155 kes.

“Jika dilihat pecahan utama jumlah kes hari ini, ia menunjukkan tren yang hampir sama dengan semalam. Negeri Sabah mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 277 kes atau 74.1 peratus.

“Lebih banyak aktiviti saringan terus dijalankan di lapangan, terutama di pelbagai daerah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan PKPD secara pentadbiran, dan kapasiti ujian terus dipertingkatkan,” katanya pada sidang akhbar yang disiar secara maya menerusi Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Putrajaya, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, terdapat 73 kes yang telah pulih menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya daripada Covid-19 adalah 10,780 kes atau 71.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Katanya, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 4,161 kes di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

“Sehingga kini, terdapat 73 kes positif wabak itu yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), di mana 28 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

PECAHAN KES BAHARU (374)

SABAH-277

113 saringan kontak rapat

31 dari kluster-kluster sediaada

15 kluster Highway (kluster baharu)

118 lain-lain saringan COVID-19 pic.twitter.com/WV9l2mZA6O

— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) October 10, 2020

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Dr Noor Hisham turut memberitahu, terdapat enam kluster baharu telah dikenal pasti hari ini.

Katanya, empat daripada kluster baharu itu membabitkan di Selangor dan masing-masing satu di Sabah dan Sarawak.

“Kluster Highway di Sabah di kesan di daerah Kota Belud dengan mencatatkan 23 kes positif setakat ini, manakala Kluster Putra di Sarawak dikesan di daerah Bintulu, di mana setakat ini lima kes telah dikesan positif.

“Kluster Bah Manggis, Selangor dikesan di daerah Gombak dan Petaling dengan merekodkan 10 kes positif setakat ini. Kluster Tasik, Selangor melibatkan Miri, Sarawak dan daerah Petaling, Hulu Langat dan Klang, Selangor, setakat ini sebanyak 10 kes positif telah dikesan,” katanya.

Katanya, dua lagi kluster baharu di Selangor adalah Kluster Simera melibatkan daerah Besut, Terengganu; daerah Kuantan, Pahang; daerah Petaling, Klang dan Hulu Langat, Selangor serta Kluster Utama dikenal pasti di derah Gombak dan Petaling.

“Kedua-dua kluster ini merekodkan 10 kes positif dan saringan kontak rapat masih dijalankan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here