Home Uncategorized Arsenal tutup akademi selepas staf positif Covid-19

Arsenal tutup akademi selepas staf positif Covid-19

0
Arsenal tutup akademi selepas staf positif Covid-19

ARSENAL mengesahkan mengenai penutupan akademi bola sepaknya, Akademi Hale End berikutan kakitangannya disahkan positif Covid-19, Rabu lalu.

Menurut kenyataan rasmi kelab berkenaan, kakitangan berkenaan telah pun diarahkan untuk menjalani proses isolasi manakala enam kakitangan lain diarahkan untuk menjalani proses kuarantin.

Malah difahamkan, akademi berkenaan juga ditutup mulai semalam (Khamis) bagi tujuan sanitasi dan pembersihan.

“Kami mengesahkan bahawa seorang kakitangan di Akademi Hale End telah disahkan positif Covid-19. Keputusan itu diperolehi pada 5 petang Rabu dan setakat ini kerja-kerja (sanitasi) telah pun dijalankan di seluruh akademi dan kami kini bekerja menerusi kamera lita tertutup (CCTV) selain rekod kedatangan dalam meneruskan usaha mengesan kakitangan lain yang terlibat (positif Covid-19).

“Oleh itu, akademi ini akan ditutup mulai Khamis, 8 Oktober bagi tujuan pembersihan dan selepas itu barulah kami akan mengkaji semula pelan kejurulatihan kita dengan memaklumkannya kepada kakitangan, ibu bapa dan pemain-pemain muda kita.

Untuk rekod, Akademi Hale End adalah antara fasiliti yang disediakan kelab berkenaan khusus bagi melatih pemain berusia sembilan hingga 16 tahun.

Difahamkan, akademi berkenaan juga dijalankan secara berasingan dengan pusat latihan skuad utama The Gunners itu di London Colney.

Sementara itu kenyataan berkenaan turut menyebutkan bahawa setakat ini setakat ini tiada sebarang perkhabaran yang mengatakan samada pemain-pemain daripada skuad utama lelaki dan wanita The Gunners itu yang dijangkiti wabak berkenaan.

“Sebenarnya, ini adalah keutamaan kami iaitu penjagaan kesihatan dan keselamatan bagi semua kakitangan dan pemain.

“Mujurlah setakat ini tiada perkhabaran berhubung kes baharu dalam kalangan pemain lelaki dan wanita bagi skuad utama kami,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here