Home Uncategorized 660 kes baharu positif Covid-19

660 kes baharu positif Covid-19

0
660 kes baharu positif Covid-19

PUTRAJAYA – [DIKEMAS KINI] Pandemik koronavirus (Covid-19) terus memberi ancaman kepada negara dengan 660 kes baharu dan empat kematian dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, enam kes import dan 654 membabitkan penularan tempatan.

“Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 17,540 kes dengan kes aktif 5,768,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, Sabah masih terus mencatatkan kes harian tertinggi dengan 429 kes iaitu 65 peratus dan semakin banyak aktiviti saringan di lapangan yang sedang giat dijalankan di sana serta lebih banyak keputusan ujian sampel mendapat keputusan.

Beliau berkata, Kedah pula mencatatkan 113 kes iaitu 17.1 peratus.

Tambahnya, 109 kes daripada Kluster Tembok membabitkan Penjara Alor Setar, Penjara Pokok Sena dan Penjara Sungai Petani

Dr Noor Hisham turut memaklumkan, Pulau Pinang mencatatkan sebanyak 17 kes daripada Kluster Penjara Reman dan Kluster Penjara Seberang Perai.

“Kes-kes ini sememangnya terasing daripada masyarakat kerana ia berlaku di dalam penjara,” katanya.

Tambahnya, kawasan Lembah Klang pula merangkumi 11.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Selangor mencatat 68 kes manakala Kuala Lumpur tujuh kes dan Putrajaya satu kes,” katanya.

Menurutnya, terdapat 108 kes positif Covid-19 dirawat di unit rawatan rapi (ICU) seluruh negara dan 35 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau berkata, Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat (CPRC) Kebangsaan telah menerima empat laporan kematian berkaitan Covid-19.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 sebanyak 167 kes iaitu bersamaan 1.0 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya.

Empat kematian tersebut melibatkan seorang lelaki dan tiga perempuan yang berusia antara 47 hingga 80 tahun.

Kesemua mereka meninggal dunia di tiga hospital berasingan di Sabah mempunyai latar belakang penyakit lain seperti darah tinggi, kencing manis dan gout.

Pada perkembangan sama, Dr Noor Hisham berkata, terdapat 233 kes yang telah pulih hari ini.

“Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 11,605 kes iaitu 66.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here