Home Uncategorized 4 kes positif Covid-19 dikesan melalui saringan di klinik Selcare

4 kes positif Covid-19 dikesan melalui saringan di klinik Selcare

0
4 kes positif Covid-19 dikesan melalui saringan di klinik Selcare

SHAH ALAM – Ujian saringan bersasar secara percuma terhadap rakyat Selangor yang dijalankan klinik Selcare, milik anak syarikat kerajaan negeri ke atas individu yang mempunyai sejarah melawat ke Sabah, mengesan empat kes positif Covid-19 setakat ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam ciapan di laman Twitternya berkata, kes positif itu dikesan ke atas dua individu dari Gombak dan masing-masing satu kes dari Subang dan Puchong, sejak ujian saringan bersasar itu dijalankan di klinik berkenaan sejak Ahad sehingga semalam.

“Seramai 573 individu telah disaring, mereka yang didapati positif Covid-19 telah diserahkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor untuk rawatan dan penjejakan kontak,” katanya di sini hari ini.

Amirudin berkata, program saringan bersasar di semua cawangan klinik Selcare milik anak syarikat kerajaan negeri, Selgate Healthcare Sdn Bhd itu akan diteruskan dua hari lagi sebelum pihaknya memberi tumpuan terhadap saringan bersasar di mukim Klang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Jumaat lepas, kerajaan Selangor mengumumkan beberapa langkah sebagai persediaan menghadapi peningkatan kes baharu penularan wabak Covid-19 termasuk program saringan bersasar secara percuma kepada rakyatnya yang mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah pada 20 September hingga 26 September lepas.- Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here