Home Uncategorized 22 cawangan LZS beroperasi seperti biasa

22 cawangan LZS beroperasi seperti biasa

0
22 cawangan LZS beroperasi seperti biasa

SHAH ALAM – Operasi Lembaga Zakat Selangor (LZS) di 22 cawangan di negeri ini akan berjalan seperti biasa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuat kuasa hari ini sehingga 27 Oktober ini.

LZS menerusi satu kenyataan memaklumkan bahawa pengoperasian cawangan LZS akan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Bagaimanapun, operasi di dua cawangan LZS iaitu Kompleks MAIS Klang dan Klang Sentral yang terletak di kawasan zon merah akan ditangguhkan sepanjang tempoh PKPB.

“Sebagai langkah kawalan dan pencegahan, semua pelanggan diwajibkan untuk memakai pelitup muka, mengimbas suhu badan, menggunakan cecair sanitasi tangan yang disediakan dan mengimbas Kod QR MySejahtera apabila mengunjungi premis LZS,” kata kenyataan tersebut.

Selain itu, kenyataan turut menyebut, kebersihan premis LZS juga akan dipantau dan dipastikan berada pada tahap optimum dengan mengadakan proses desinfeksi secara berkala.

“Waktu operasi di semua cawangan LZS sepanjang tempoh PKPB adalah dari jam 9 pagi hingga 3.30 petang, manakala bagi cawangan UTC Shah Alam adalah dari jam 8 pagi hingga 7 malam.

“Orang ramai juga digalakkan memilih transaksi atas talian sebagai alternatif urusan zakat,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here