Program tahunan anjuran Sinar Karangkraf, Iftar Ala Madinah pada bulan Ramadhan akan diadakan lagi pada tahun ini di Dataran Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam, Selangor.
Program ini akan bermula pada 24 Mac (2 Ramadhan) hingga 18 April 2023 (27 Ramadhan) setiap hari Isnin hingga Jumaat dan terbuka kepada orang ramai secara PERCUMA.
Objektif utama bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan, terutamanya keluarga asnaf dan mahasiswa.
Kepada badan korporat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ataupun individu yang ingin berinfak dari segi makanan, barangan atau berbentuk wang tunai boleh menyalurkan sumbangan anda melalui akaun:
SINAR KARANGKRAF SDN BHD
564276 529068 (Maybank)
#IftarDiKarangkraf #NyalakanRamadhan