Home Rasuah Busters [VIDEO] PRU15: Fatin Zulaikha ajak golongan muda banteras rasuah

[VIDEO] PRU15: Fatin Zulaikha ajak golongan muda banteras rasuah

0
[VIDEO] PRU15: Fatin Zulaikha ajak golongan muda banteras rasuah
Fatin Zulaikha mahu mengajak muda banteras rasuah.

MERSING – Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Mersing, Fatin Zulaikha Zaidi mengajak rakyat terutamanya golongan muda untuk bersama-sama membanteras gejala rasuah di negara ini.

Menurut wanita berusia 29 tahun itu, sekiranya gejala rasuah tidak dibanteras, ia mampu memberikan kesan buruk kepada negara hingga ‘menggadaikan’ generasi masa hadapan.

Seperti kita semua tahu, gejala rasuah ternyata mampu menjatuhkan maruah, nilai dan prinsip rakyat di negara ini.

“Malah, gejala rasuah ini juga dilihat mampu ‘menggadaikan’ generasi masa depan, khususnya bagi negara ini.

“Oleh itu, saya berikar menjemput semua anak muda memberikan komitmen bagi membanteras rasuah di negara ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu Fatin Zulaikha berkata, komitmen diberikan golongan muda bakal memberikan harapan baharu sekali gus menyaksikan negara ini bebas rasuah.

“Seperti saya katakan tadi, kesemua anak muda di negara ini perlu memberikan komitmen dalam usaha membanteras gejala rasuah agar tidak berleluasa di negara ini.

“Saya yakin dengan komitmen ini, ia mampu memberikan harapan baharu dan sekali gus menjadikan Malaysia bebas daripada rasuah,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here