Home Rasuah Busters ‘Ukur baju di badan sendiri ketika berbelanja’

‘Ukur baju di badan sendiri ketika berbelanja’

0
‘Ukur baju di badan sendiri ketika berbelanja’

SHAH ALAM – Peniaga disaran berbelanja mengikut konsep ukur baju di badan sendiri bagi mengelakkan perbelanjaan melebihi kemampuan.

Pengasas Nims Adeliciousz, Tengku Norhanim Tengku Othman berkata, perancangan kewangan perlu dilakukan sebelum perbelanjaan supaya tidak berlaku masalah pada masa akan datang.

“Saya pernah alami masalah ini. Ketika itu saya rasa duit saya banyak tetapi sebenarnya tidak. Kita berbelanja melebihi kemampuan. Sepatutnya saya sudah merancang menjaga kewangan, bisnes, modal dan untung,” katanya pada program MUM episod ke-14 yang bertajuk Mak-Mak: Menteri Kewangan yang berlangsung di kompleks Karangkraf pada Isnin.

Beliau turut menasihatkan golongan muda terutama yang baru memulakan perniagaan untuk menjaga kewangan.

“Jualan baru RM10,000, ada yang pakai kereta mewah. Bukan kata tidak boleh, tapi perlu ikut kemampuan. Kalau rasa mampu dan lebih daripada cukup, boleh pakai,” katanya.

Turut menjadi panelis, Perunding Kewangan, Khairul Bariyah Abdul Rahim manakala Hazlin Hussain bertindak sebagai moderator.

Mengulas mengenai rasuah, beliau menasihati ibu bapa memberi pendidikan awal kepada anak-anak untuk menghindari gejala rasuah.

“Pendidikan awal daripada keluarga, dalam rumah sangat penting untuk menghindari daripada rasuah. Apabila kita dapat membentuk satu keluarga menghindari rasuah, ia secara tidak langsung memberi kesedaran kepada orang lain juga,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here