Home Rasuah Busters Tonjolkan kesungguhan keluar daripada salah guna kuasa

Tonjolkan kesungguhan keluar daripada salah guna kuasa

0
Tonjolkan kesungguhan keluar daripada salah guna kuasa

SHAH ALAM – Kerajaan perlu tonjolkan kesungguhan dalam mengeluarkan negara daripada sistem pilihan raya yang membuka segala ruang salah guna kuasa dan rasuah.

Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, sistem Parlimen pada hari ini mengamalkan prinsip ‘first past the post’ (FPTP) atau ‘winners takes all’ yang memerlukan jumlah duit yang banyak untuk berkempen.

“Jadi ada beberapa sistem yang kita boleh tengok balik, kita sekarang sistem FPTP.

“Ataupun kalau itu membebankan atau menggunakan dana yang banyak, kita boleh pergi kepada ‘professional representation’.

“Ini yang diamalkan oleh sebahagian negara di Eropah. Sebahagiannya bukan orang yang bertanding tetapi lambang yang bertanding,” katanya dalam program Kompas Rasuah Busters bertajuk ‘Akta Pendanaan Politik, Solusi Integriti’ yang disiarkan di semua platform digital Sinar Harian pada Rabu.

Turut menjadi panelis ialah Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Tricia Yeoh dan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir manakala Nurhayati Nordin bertindak sebagai moderator.

Dalam pada itu, Salahuddin yang juga Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) berkata, negara juga masih lagi berpegang kepada ‘patriotic patronage’ (perlindungan patriotik) iaitu politik dianggap mesti memberikan perlindungan ataupun menunaikan kehendak rakyat.

Menurutnya, budaya tersebut mendedahkan negara kepada aktiviti-aktiviti korupsi.

“Jadi saya rasa kena ada satu jawatankuasa khas untuk isu tersebut, kita berikan satu tugasan yang serius, lihat semua model dalam dunia ini dan kita boleh kemukakan dalam Parlimen.

“Kita boleh buat benda itu sebenarnya. Sampai bila negara kita ini akan bergantung kepada ‘political patronage’ itu, ia bergantung kepada iltizam kita yang ada pada hari ini,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here