Home Rasuah Busters ‘Tiada guna tukar kerajaan jika masih gagal tangani rasuah’

‘Tiada guna tukar kerajaan jika masih gagal tangani rasuah’

‘Tiada guna tukar kerajaan jika masih gagal tangani rasuah’

SHAH ALAM – Kerajaan perlu bertegas dalam mencari penyelesaian yang lebih efektif dalam memerangi jenayah rasuah yang berleluasa di negara ini.

Bekas Penasihat Khas Setiausaha Kehormat Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, jika masih tiada tindakan diambil dalam menangani korupsi, maka tidak berguna walaupun berlaku pertukaran kerajaan.

“Kalau tukar Perdana Menteri dan mereka sentiasa berkata rasuah itu buruk, nak tak nak rakyat mesti lawan dan bertindak di atasnya.

“Jika tidak, Malaysia tidak akan menjadi negara yang berpendapatan tinggi,” katanya dalam forum ‘Preventing Corruption: Media and Citizen Engagement’ secara maya pada Selasa.

Turut hadir Pensyarah Sains Politik Universiti Sains Malaysia, Profesor Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamiddan dan bekas Pengerusi Bernama, Datuk Seri Azman Ujang.

Dalam pada itu, Azman berkata, pada masa kini, media sosial juga bertindak sebagai media arus perdana menjadi platform pahlawan papan kekunci (keyboard warrior) memerangi rasuah.

Menurut beliau, isu rasuah menjadi sesuatu yang sensasi dan digunakan di seluruh agensi media untuk dilaporkan sebagai jenayah.

Jelas Azman, rakyat Malaysia perlu bertegas dalam mengambil peluang untuk bercakap tidak terhadap amalan korupsi.

“Ini kerana, ia tanggungjawab individu dan demi masa hadapan kita,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here