Home Rasuah Busters SPRM perlu segera diletak bawah Perlembagaan Persekutuan: TI-M

SPRM perlu segera diletak bawah Perlembagaan Persekutuan: TI-M

0
SPRM perlu segera diletak bawah Perlembagaan Persekutuan: TI-M

SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu segera dinaik taraf dengan diletakkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr Muhammad Mohan berkata, ia sebagaimana desakan dalam Enam Tuntutan Politk #MalaysiaTanpaRasuah oleh Pasukan #RasuahBusters supaya SPRM bebas menyiasat semua kes rasuah walaupun berprofil tinggi.

“Sebab kita cadangkan perubahan ini untuk memberi kebebasan kepada SPRM untuk menyiasat segala kes sama ada berprofil tinggi atau tidak sebab sekarang pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM menerusi Akta SPRM 2009 (di bawah Jabatan Perdana Menteri).

“Jadi satu perubahan perlu dibuat dalam Perlembagaan (Persekutuan) dan ini memerlukan sokongan dua per tiga di Parlimen,” katanya pada sidang akhbar Enam Tuntutan Politik #MalaysiaTanpa Rasuah 'Apa Dah Jadi' oleh Pasukan #RasuahBusters dan rakan gabungannya di Studio F, Kompleks Kumpulan Karangkraf, di sini, pada Rabu.

Mengulas lanjut, Muhamad menjelaskan, kebebasan SPRM menjadi tanda soal apabila ia berada di bawah Akta SPRM 2009 kerana misalnya melalui akta itu, pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM dibuat Yang diPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.

Menurutnya, situasi yang berlaku menunjukkan apabila kerajaan berubah dan negara mendapat Perdana Menteri, beliau boleh melantik Ketua Pesuruhjaya yang baharu dengan memberi nasihat kepada Seri Paduka Baginda.

“Keadaan ini yang kita tidak berapa setuju sebab ini tidak memberi kebebasan kepada SPRM untuk menyiasat terutama bagi kes-kes berprofil tinggi.

“Bila SPRM ini diletakkan di bawah Perlembagaan, pilihan Ketua Pesuruhjaya akan dibuat oleh satu Jawatankuasa Pilihan Parlimen di mana mereka akan senarai pendek beberapa calon yang berkelayakan dan akan memberi cadangan ini kepada Dewan Rakyat serta Dewan Negara dan perlu diluluskan di kedua-dua dewan ini sebelum pelantikan dibuat,” jelas beliau.

Kata beliau, kalau perubahan itu berjaya dibuat ia akan menjadi satu reformasi institusi dan akan memberi impak baik terhadap Indeks persepsi Rasuah (CPI) negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here