Home Rasuah Busters Sivik, Pendidikan Moral perlu jadi silibus penting

Sivik, Pendidikan Moral perlu jadi silibus penting

Sivik, Pendidikan Moral perlu jadi silibus penting

SHAH ALAM – Kemerosotan yang dihadapi oleh negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2020 akan memberikan gambaran negatif kepada sistem pendidikan di Malaysia.

Pegawai Perhubungan Awam dan Latihan Philandure, Muhd Haikal Luqman Zulkefli berkata, dengan penurunan tersebut, ia menunjukkan sistem pendidikan negara memiliki kelompongan yang menyebabkan aktiviti rasuah terus berleluasa.

“Sistem pendidikan ialah permulaan melahirkan pemimpin yang akan menerajui tampuk kepimpinan akan datang,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Beliau turut mencadangkan supaya sistem pendidikan Malaysia ditambah baik khususnya di peringkat sekolah dan institut pengajian tinggi (IPT).

“Mata pelajaran seperti Pendidikan Sivik dan Kewarnegaraan serta Pendidikan Moral perlu menjadi silibus penting dalam mata pelajaran di setiap sekolah.

“Ia perlu diangkat menjadi mata pelajaran yang penting seperti aliran sains tulen, aliran perakaunan dan seni,” katanya.

Beliau turut mencadangkan kepada majikan sama ada daripada agensi kerajaan atau swasta untuk mewujudkan latihan pengurusan organisasi.

“Latihan itu akan menyentuh aspek ketelusan dalam pengurusan kewangan dan peningkatan moral ke arah lebih baik.

“Ia penting untuk memahami perbezaan di antara rasuah, hadiah dan cenderahati,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here