Home Rasuah Busters Siasat 'fun fair' beroperasi tanpa lesen

Siasat 'fun fair' beroperasi tanpa lesen

0
Siasat 'fun fair' beroperasi tanpa lesen
Hamdan Daniel

SHAH ALAM – Rasuah Buster Selangor menggesa pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan secara telus berhubung isu aktiviti hiburan pesta ria (fun fair) di Puncak Alam didakwa beroperasi tanpa lesen.

Timbalan Rasuah Buster Selangor, Dr Hamdan Daniel berkata, isu berkenaan perlu dipandang serius kerana melibatkan keselamatan dan nyawa orang awam.

“Saya rasa jika nak mengatakan (insiden fun fair) ada unsur rasuah itu, mustahil dan subjektif. Tapi ini bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) macam mana, mereka tak tahu.

“Jadi, saya lihat PBT ini sama ada terlepas pandang atau mungkin tidak mengambil serius tentang keselamatan ini namun ia melibatkan nyawa manusia.

“Namun tidak menolak kemungkinan ada tangan ghaib sama ada pihak yang memberi kuasa telah dirasuah ataupun individu terbabit yang memang mempunyai ‘kabel’ atau orang tengah,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagaimanapun, Hamdan menegaskan mana-mana pihak perlu memberi alasan yang munasabah dan berhenti menuding jari bagi melepaskan diri jika perkara buruk berlaku.

Ujarnya, ini kerana kononnya tiada sebarang permohonan lesen diterima daripada pihak ‘fun fair’, selain mendakwa permohonan tersebut dibuat namun tidak diluluskan.

“Taman hiburan itu besar, jadi mesti ada perunding untuk berunding dengan Majlis Perbandaran tempatan. Jika nak salahkan peniaga bagi saya tidak tepat.

“Cuma sekarang ini nak tanya pengurusan taman hiburan itu masih berani beroperasi tanpa kebenaran. Manakala pihak bertanggungjawab pula mengatakan mereka tidak tahu apa-apa, masing-masing menuding bila berlaku perkara buruk,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here