Home Rasuah Busters Sabak Bernam destinasi kedua singgah santai Konvoi #RasuahBusters

Sabak Bernam destinasi kedua singgah santai Konvoi #RasuahBusters

0
Sabak Bernam destinasi kedua singgah santai Konvoi #RasuahBusters

SABAK BERNAM – Hari ketiga Konvoi #RasuahBusters menerjah ke lokasi kedua singgah santai di Medan Selera Tonggak 9, Sungai Besar di Sabak Bernam, Selangor.

Majlis bersama orang ramai itu dimeriahkan dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang, Datuk Mohd Imran Tamrin, Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Daerah Sabak Bernam, Rosmah Ihsan dan Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, Tavamalar R Krisnan.

Selain itu, Ketua Ikram Muda Malaysia, Mohd Hafiz Abd Hamid bersama team Ikram Sabak Bernam turut menjayakan Konvoi #RasuahBusters di Medan Selera Tonggak 9.

Pelbagai hadiah istimewa diberikan kepada orang ramai secara percuma termasuk bantal khas yang disediakan oleh stesen radio terkemuka negara, Era FM dan Sinar FM.

ARTIKEL BERKAITAN:Mesej antirasuah bergema di Selangor

ARTIKEL BERKAITAN:Hashimah pemenang Spot and Win di Malakat Mall

ARTIKEL BERKAITAN:Herman Tino meriahkan Konvoi #RasuahBusters di Tanjung Karang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here