Home Rasuah Busters RBTag bukti ketelusan calon PRU15 antirasuah

RBTag bukti ketelusan calon PRU15 antirasuah

0
RBTag bukti ketelusan calon PRU15 antirasuah
Halim Ishak
QR Code.

SHAH ALAM – Ujian psikometrik Rasuah Busters (RBTag) dilihat sebagai satu kewajaran yang harus dilakukan oleh semua calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi Yayasan Keperihatinan Komuniti Malaysia (MCCF), Datuk Seri Halim Ishak berkata, ujian RBTag yang dilaksanakan kali ini sempena PRU15 mempunyai ciri-ciri nilai tambah apabila ia dapat dilakukan secara dalam talian buat semua calon-calon di seluruh negara.

Beliau berkata, keputusan ujian RBTag yang diperoleh boleh digunakan oleh calon untuk mempromosi diri sebagai seorang yang tidak cenderung kepada perlakuan rasuah dan salah guna kuasa.

Katanya, selain boleh menyokong peribadi kepada calon yang bertanding, RBTag mampu menjadi kayu pengukur terbaik untuk mengetahui sejauh mana kecenderungan seseorang terhadap dua isu penting dalam menjadi seorang pemimpin yang berintegriti dan amanah.

“Pegangan dan pengamalan nilai-nilai tersebut boleh diketahui serta dinilai sejauh mana tahap kecenderungan para calon yang bertanding.

“Semua maklumat peribadi dan keputusan ujian calon yang menduduki ujian RBTag adalah hak milik calon sendiri dan sama sekali tidak akan didedahkan kerana ia adalah sulit,” katanya kepada kru Rasuah Busters pada Rabu.

Ujian psikometrik RBTag merupakan kerjasama MCCF bersama Yayasan Sinar Untuk Malaysia (YSUM) dan TAJMA-MyTAG untuk membolehkan semua pihak menilai tahap kecenderungan kepada rasuah dan salah guna kuasa.

Mengulas lanjut mengenai RBTag yang dijalankan sebelum ini, Halim berkata, sambutan yang diterima semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor adalah amat menggalakkan dan menjadi nilai tambah kepada calon-calon semasa berkempen.

Beliau berkata, MCCF mendapat banyak maklum balas positif daripada rakyat yang rata-rata ingin melihat calon pemimpin mereka menduduki ujian psikometrik RBTag.

Jelasnya, permintaan daripada orang ramai itu merupakan satu mesej yang jelas kepada calon dan kerajaan yang bakal dibentuk agar menghormati dan menjaga perasaan serta harapan rakyat yang mahukan bakal-bakal pemimpin bersih.

**media[1976685]**

Tegasnya, pemimpin yang bersih adalah mereka yang bebas daripada gejala rasuah, seterusnya berupaya menjadikan Malaysia sebuah negara aman makmur dan berupaya menjamin ekonomi rakyat dengan baik.

Halim berkata, tidak memadai sekiranya calon bertanding hanya melakukan Aku Janji dan Ikrar Bebas Rasuah yang kebiasaannya dilaungkan oleh parti politik dan ditandatangani oleh ahli-ahlinya.

Sebaliknya beliau berkata, ketegasan dan keikhlasan menentang budaya rasuah boleh dizahirkan oleh calon PRU-15 dengan menjalani ujian psikometrik RBTag.

“Kepada semua calon-calon daripada pelbagai parti, Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) serta Gerakan Tanah Air (GTA) mahupun calon bebas, mereka tidak perlu gusar dan takut untuk menjalani ujian ini.

“Sebaliknya ia boleh menjadi nilai tambah dan peluru terbaik kepada calon untuk berhadapan dengan pengundi semasa berkempen dengan menyatakan mereka antirasuah dan berintegriti.

“Gesaan kepada masyarakat dan rakyat Malaysia, anda semua berhak untuk memastikan calon-calon pemimpin anda berjaya menduduki ujian psikometrik RBTag yang berasaskan data saintifik serta dilihat sangat relevan dan penting dilaksanakan pada ketika ini,” katanya.

Pilihan tarikh dan masa untuk calon-calon menduduki ujian adalah seperti berikut:

11 November 2022: 4.00 pm; 10.00 pm, 12 November 2022: 4.00 pm;

12 November 2022: 10.00 pm

14 November 2022: 4.00 pm

14 November 2022: 10.00pm

15 November 2022: 4.00 pm

15 November 2022: 10.00pm

16 November 2022: 4.00pm

16 November 2022: 10.00pm

Calon-calon yang berminat menjalani ujian psikometrik RBTag boleh ditempah melalui link RBTag link: http://rbtagmy.com/register.php dan QR Code yang disediakan.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi talian 03-61786093 atau menghantar ke WhatsApp 012-786 9261.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here