Home Rasuah Busters Rasuah, duit kopi lambang kezaliman kepada rakyat

Rasuah, duit kopi lambang kezaliman kepada rakyat

Rasuah, duit kopi lambang kezaliman kepada rakyat

SHAH ALAM – Rasuah atau duit kopi bukan sahaja satu lambang kepada amalan yang tidak bermoral tetapi ia merupakan satu kezaliman kepada rakyat.

Pendakwah Bebas, Fauwaz Fadzil berkata, ia kerana tindakan itu menukarkan hak atau tidak menyampaikan hak kepada seseorang berbeza dengan upah yang dilakukan atas nama kontrak.

“Bila mana kita melakukan kerja atas nama dokumen ia dikira boleh, tetapi sekiranya ada tambahan yang dibayar itu rasuah.

“Ini kerana mereka yang melakukan tugas tersebut sudah ada gaji mereka yang telah ditetapkan,” katanya dalam program Kompas Rasuah busters yang bertajuk Duit Kopi Dalam Perniagaan, pada Rabu.

Turut bersama dalam program tersebut, Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor, Rodziah Ismail dan Setiausaha Agung Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Ar Mohd Azli Md Yusof, manakala Hanif Miswan sebagai moderator.

Dalam pada itu, Fauwaz berkata, ia mempunyai rukun tersendiri yang boleh menjadikan sesuatu itu amalan rasuah.

“Rasuah ini dia ada ‘essential’, ‘features’, seperti perasuah, orang menerima wang rasuah dan apakah balasan dia dapat. Jadi perlu melihat kepada rukun ini.

“Dengan melihat rukun itu juga supaya rasuah dapat difahami dengan lebih baik kerana kadang-kadang orang salah guna di antara rasuah dan hadiah.

“Hadiah ini atas dasar tiada kepentingan tidak ‘self interest’ kepada peniaga, pegawai dan sebagainya, untuk mendapatkan benda yang di luar peraturan,” ujarnya.

Tambah beliau, untuk memerangi rasuah bukan hanya dengan ceramah tetapi mesti ada pelbagai cara.

Menurutnya, antaranya penguatkuasaan undang-undang dan memberi kesedaran sejak kecil supaya melatih mencari rezeki yang halal.

“Latihan ini perlu dibuat dari kecil, kita hanya buat latihan sembahyang tetapi malangnya kita tidak melatih mencari kerja.Syariatnya apabila ajar anak sembahyang dan juga mencari wang yang halal.

“Sistem pendidikan sekolah diajar pelajaran tetapi tidak diajar untuk mencari wang yang halal. Ini adalah kepincangan sistem yang perlu diubah supaya rasuah tidak disia-siakan dalam bentuk yang kecil kerana ia berakar, maka penyelesaian mesti dalam bentuk komprehensif,” jelasnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here