Home Rasuah Busters Rasuah Busters Kelantan senarai enam ciri pemimpin

Rasuah Busters Kelantan senarai enam ciri pemimpin

0
Rasuah Busters Kelantan senarai enam ciri pemimpin
Peniaga mendengar penerangan daripada Dr Abdul Karim Zaidan mengenai Rasuah Busters.
Dr Abdul Karim Zaidan ( tengah) menyampaikan risalah Rasuah Busters kepada peniaga Pasar Malam Parit Dalam.

KOTA BHARU – Kumpulan Rasuah Busters Kelantan menamatkan pengedaran 1,500 risalah Bebas Rasuah malam ini sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) esok.

Pengerusi Rasuah Busters Kelantan, Dr Abdul Karim Zaidan Ab Aziz berkata, mereka bermula pada Rabu dengan melepaskan sepuluh buah motosikal untuk edaran tersebut.

Menurut beliau, risalah bertulis ‘Satu jari, Bebas rasuah’ itu bertujuan menggalakkan pengundi Kelantan menyebarkan pelan yang sama iaitu memberi undi kepada calon yang berwibawa tanpa mengira parti.

“Kita menyenaraikan enam ciri calon yang sesuai untuk diberi undi tidak mengira mana-mana parti,” katanya ketika ditemui di sekitar tapak perniagaan Pasar Malam Parit Dalam di sini.

Tambah beliau, antara enam ciri berkenaan ialah bersih daripada rasuah, bertanggungjawab, sedia membela nasib rakyat, berintegriti, jujur dan bijak.

Dr Abdul Karim Zaidan berkata, mereka turut menyebarkan risalah di Bazar Tok Guru dan beberapa tempat awam.

**media[1990647]**

Beliau memberitahu, antara yang disasarkan ialah orang ramai termasuk peniaga dan pengundi secara amnya.

“Dalam tiga hari dianggarkan 30 hingga 40 ahli menyertai program berkenaan,” katanya.

Dr Abdul Karim Zaidan turut dibantu ahli jawatankuasa Rasuah Busters, Mohd Zaid Che Wail dan Maslina Mahamat.

Beliau turut berharap lebih 80 peratus pulang menjalankan tanggungjawab mereka dengan mengundi calon yang dirasakan dekat di hati.

“Kita tidak kisah mana-mana calon dan parti tetapi yang menang perlu melaksanakan mandat rakyat dan berpegang kepada prinsip bebas rasuah.

“Kita sendiri sudah pasti rasuah merupakan racun yang merosakkan kepimpinan, gerak kerja, birokrasi dan sistem pentadbiran negara,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here